Selasa, 10 April 2012

Gambar Syed Adney Kekasih Siti Saleha

Adik kepada penyanyi Sam (Bunkface) Siti Saleha mengakui dia kini sedang intim dengan seseorang. Jejaka tersebut juga dikenali ramai. Dia yang dimaksudkan ialah penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea.
Siti Saleha bercinta dengan Syed Adney
Saleha turut memberitahu Adney merupakan bekas kekasihnya sebelum ini dan hubungan mereka putus di tengah jalan kerana salah faham. Masih sayang antara satu sama lain, hubungan mereka kembali bertaut dan kini sedang menuju ke arah satu hubungan yang lebih serius dan matang.

Perhubungan Siti Saleha dan Syed Adney telah memasuki usia dua tahun, dan hatinya terbuka untuk   menerima Syed Adney semula kerana perasaan sayang itu masih ada.

"Saya dan keluarga dia baik terutama sekali dengan kakak dia, Sharifah Sofea. Saya selalu datang ke rumah mereka jika ada majlis. Ibu dia juga saya sudah anggap seperti ibu saya sendiri. Bila terserempak dengan dia, perasaan sayang antara satu sama lain masih ada. Disebabkan itu, kami bersama semula. Walaupun jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk tetapi dia sangat memahami', kata Siti Saleha.

Walaupun hubungan mereka berdua semakin serius namun Siti Saleha berkata buat masa ini belum fikir lagi tentang masa depan memandangkan umurnya masih muda baharu 22 tahun. 

Disebabkan sibuk dengan kerjaya lakonan, Siti Saleha terpaksa menangguhkan pelajaran seketika. Mengikut perancangannya tahun depan akan sambung pengajian di United Kingdom. Mungkin dalam bidang perniagaan.
Syed Adney kekasih Siti Saleha
"Itu adalah pengorbanan yang perlu saya lalui. Saya dan dia memang jarang berjumpa. Kami hanya berhubung melalui Skype dan pelbagai teknologi komunikasi lain. Saya juga tiada masalah kalau tidak berjumpa dengannya. Asalkan masing-masing tahu menjaga hubungan", ujarnya lagi.

Sebelum ini Siti Saleha difahamkan telah menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Inggeris bernama Robin Coenraad berikutan beberapa kali mereka muncul bersama dalam beberapa acara hiburan, namun putus kerana kekasihnya tidak faham kerjayannya sebagai artis dan kuat cemburu.

 Menyentuh mengenai filem terbaru lakonan Siti Saleha pula, KL Zombie, dia telah digandingkan bersama pelawak terkenal Zizan.

Dalam filem arahan M.J Woo ini, saya memegang watak Nora, seorang gadis yang menceburi perniagaan Skim Jualan Langsung (MLM). Satu peristiwa telah berlaku hingga menyebabkan dia terheret sama dalam serangan zombie di ibu kota Kuala Lumpur. Ini kali kedua saya bekerjasama dengan Zizan Raja Lawak. Sebelum ini kami pernah berlakon bersama dalam Cintaku 120 KM/J.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Akak baca ni, baru tau siti saleha tu adik sam bunkface...huhu..
Syarifah Sofea org Sabah? tidak ku tahu juga.

RoyRMY berkata...

@~~zana@pb~~

no!... sharifah sofea bukan org sabah... tp adik dia syed adney main bola utk sabah....

maszull berkata...

assalamualaikum CT....moga bahagia hendaknya n ada jodoh buat mereka...:)