Rabu, 11 April 2012

Gambar Tsunami Melanda Aceh 11 April 2012

Berdasarkan informasi yang beredar di Twitter, gelombang tsunami kecil sudah melanda Calang, ibu kota Kabupaten Aceh Jaya, Nanggroe Aceh Darussalam (NAD).

Akun @AcehInfo mengabarkan, gelombang tsunami kecil di Wilayah Kampung Sentosa, tepatnya di atas Gunung Carak atau Gunung TVRI Calang sempat terjadi, tak lama setelah gempa berkekuatan 8,5 SR dan berpotensi tsunami, terjadi pada Rabu (11/4/2012) petang.

Akaun tersebut juga mengabarkan, di Simeulue,Kecamatan Teupah Selatan, ketinggian air laut mencapai enam meter. (*)sumber


Update 12 April 2012
Sekurang-kurangnya tiga ombak tsunami setinggi sehingga 80 sentimeter (sm) melanda pesisiran pantai Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera semalam.

"Alat pengukur ombak dan boya kami merekodkan tsunami kecil," Pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Kristiawan.

Menurutnya, tsunami paling tinggi berukuran 80sm dicatatkan di Meulaboh, barat Aceh dengan beberapa ombak lebih kecil berlaku di kawasan pesisir pantai dekat rantau berkenaan.

Semua tsunami berlaku hampir sejam setengah selepas gempa bumi pertama melanda pada waktu petang, katanya.

Selain Indonesia, tsunami kecil setinggi 10sm turut melanda Pulau Andaman di Thailand semalam.

Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan gempa bumi pertama berpusat 33 kilometer di bawah dasar laut sekitar 434 kilometer dari wilayah Aceh.

Bencana tersebut menyebabkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami untuk Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives dan kepulauan lain di Lautan Hindi, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, Afrika Selatan serta Singapura.

Satu gempa susulan kemudian berlaku dengan kekuatan 8.2 magnitud yang berpusat dari Banda Aceh.

Gempa bumi pertama berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan manakala yang kedua berlaku pada pukul 5.43 petang.

"Kami sekali lagi mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa kedua berlaku," kata seorang lagi pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia Prih Harjadi dalam wawancara secara langsung bersama saluran televisyen TVOne.

Menurutnya, penduduk di sepanjang pantai barat Pulau Sumatera dan Mentawai telah diarahkan supaya berpindah ke tempat lebih tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Gempa susulan berlaku selama empat minit dan ia kuat," kata seorang koresponden agensi beritaAFP di Banda, Aceh.

"Orang ramai panik dan bergegas keluar dari kediaman mereka dan bangunan," tambahnya.

Amaran tsunami kemudian ditarik balik sekitar pukul 7.45 malam waktu Indonesia.

"Orang ramai boleh kembali ke kediaman masing-masing," kata Ketua Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Woro Harijono kepada saluran televisyen Metro TV.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan, Indonesia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan bencana terbaharu itu. sumber




1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Akak dah sampai di Calang ni.