Sabtu, 28 April 2012

Gambar & Video Majlis Pernikahan Fasha Sandha & Jejai (Toh Muda Rizal Ashram Ramli)

Semua tohmahan dan cemuhan sepanjang percintaan mereka telah berlalu dibawa angin selepas malam ini.

Pastinya malam ini adalah malam yang penuh bersejarah buat Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai). Akhirnya mereka selamat dinikahkan dalam satu majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara yang dihadiri oleh keluarga, selebriti dan para media.
Jejai & Fasha selamat menjadi suami isteri
Dengan dua kali lafaz, pelakon sensasi lagi berkontroversi Fasha Sandha telah pun selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam.



Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.
Dengan 2 kali lafaz Fasha menjadi isteri Jejai
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,888.88 sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Fasha kelihatan sangat cantik berseri-seri dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Saidatulnisa

“Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami,”
Fasha Sandha anggun di hari pernikahan
Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di tingkat 30, Windows on KL, Crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Dihadiri lebih 300 tetamu, majlis pernikahan ini tentunya menjadi momen paling bermakna buat figura cantik ini.
Fasha Sandha menerima mas kawin sebanyak RM8,888.88
Fasha Sandha & jejai berbulan madu di Pulau Redang
Di majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.
Selamat Pengantin Baru Fasha Sandha & Jejai
Majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) bakal berlangsung di Bali. Majlis ini akan dihadiri oleh 100 jemputan khas.
Cincin perkahwinan Fasha Sandha
Fasha menyarungkan cincin untuk suami tercinta-Rizal @Jejai


Gambar dari ohbulan.com

4 ulasan:

kak mah berkata...

Jauhnya buat kenduri di Bali.

syafikah berkata...

selamat pengantin baru

Mrs.Yie berkata...

mak jejai mana?

~MiZz Atie ZieYa~ berkata...

congratz

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/