Jumaat, 27 April 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai

Selamat Pengantin Baru untuk Fasha Sandha dan jejai. Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah pasangan ini yang dengarnya akan diadakan di Crown Plaza Mutiara KL, kita lihat dulu hantaran perkahwinan Fasha yang telah digubah oleh Ariwedding Couture. Menarik dengan kombinasi pink dan putih






Update

Dengan dua kali lafaz, pelakon Nur Fasha Sandha, 28 tahun, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) Ramli, 36 tahun.



Upacara melafaz akad nikah pasangan itu berlangsung pada pukul 9.45 malam di Window of KL, Tingkat 30, Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur.



Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hassan bin Hj Moideen. Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,888.88 sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.



Pihak pengantin lelaki turut membawa 7 dulang hantaran iaitu beg LV, alat solek, telefon Galaxy Tab, sebentuk cincin, coklat dan dibalas 9 dulang hantaran berisi kasut, sejadah, buku Terima Kasih Tuhan, tali pinggang, tali leher, alat perapian lelaki, sebentuk cincin, tepak sirih dan coklat oleh pihak pengantin perempuan. 



Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fasha Sandha & Jejai





Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/