Khamis, 12 April 2012

Komen Nurul Halimin (Isteri Kedua Sham Kamikaze)

Sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.
Nurul Halimin & Sham Kamikaze
Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

"Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).

Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

"Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.

"Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Isteri pertama Sham Kamikaze-Farazila


1 ulasan:

AL AZRUL berkata...

bnda baik buat apa nk disorok-sorokan, ape la, bleh jdi fitnah nnti kan..:)