Jumaat, 20 April 2012

Konsert Sami Yusuf di Singapura Bakal Berduet Dengan Siti Nurhaliza

Penyanyi 'superstar' lagu-lagu dakwah, Sami Yusuf, digelar sebagai jejaka Muslim Britain yang paling terkenal di dunia. Majalah antarabangsa 'TIME' pula menobatkan Sami Yusuf sebagai 'Bintang Rock Muslim Terbesar' kerana konsertnya di Istanbul dihadiri 250,000 orang.

Sami Yusuf popular dengan album Al Muallim dan My Ummah dimana tujuh juta keping sudah terjual.

Sami Yusuf bukan sahaja akan memulakan konsert sulung Asia Tenggara beliau di Singapura, malah beliau akan melancarkan album keempatnya juga di Singapura. Konsert di Singapura akan diadakan di stadium tertutup 8 Julai ini. Konsert bernama Salaam itu bersempena nama album baru beliau.

Konsert di Singapura itu nampaknya lebih istimewa, kerana ia juga bakal menampilkan buat pertama kalinya, gandingan duet lagu Melayu antara Sami Yusuf dengan diva Malaysia, Dato Siti Nurhaliza. 

"Saya percaya anda kenal Siti Nurhaliza. Saya akan berduet dengan beliau dalam album baru. Saya sangat gembira, kerana saya tahu Siti sangat disayangi,sangat dihormati. Lagunya akan berkisar lebih kepada tema Salaam",kata Sami Yusuf.

Lagu tersebut, kata penyanyi berdarah Parsi berusia 31 tahun ini, akan mendapat sentuhan bunyi melayu.

Sami Yusuf akan mendapatkan khidmat pemukul gendang Melayu terkenal Ramli Rebana dalam pembikinan lagu duet baru dengan Siti Nurhaliza nanti. 

Bagi yang mereka kurang pasti muzik Sami Yusuf, beliau sebenarnya  mempelopori muzik dipanggil 'spiritique' iaitu gabungan unsur Timur dan Barat yang disulami unsur kerohanian.

Tiket bagi konsert Salaam Sami Yusuf pula akan mula dijual pada 1 Mei ini. Konsert Salaam di Malaysia pula akan berlangsung pada 14 Julai di Stadium Melawati, Shah Alam.Info dari mediacorp.com.sg



3 ulasan:

JungRara berkata...

ooo..nak download lah lagu sami yusuf ni

Tanpa Nama berkata...

hmm.. klu x silap, konsert sulung beliau di Asia Tenggara telah diadakan di Jakarta, Indonesia pada tahun lalu.

Tanpa Nama berkata...

hmm.. klu x silap, konsert sulung beliau di Asia Tenggara telah diadakan di Jakarta, Indonesia pada tahun lalu.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/