Rabu, 18 April 2012

Lagu 'You, I Believe' Ciptaan Wah Idris Untuk Najib dan Muhyiddin

Bagi menunjukkan rasa cinta dan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang komposer mencipta sebuah lagu berjudul 'You, I Believe'.

Komposer Datuk Wah Idris berkata lagu berentak rancak itu akan dilancarkan oleh Muhyiddin pada My Karnival NGO 1Malaysia, di Politeknik Seberang Perai dekat sini, 26 April ini.

 "Ini satu-satu caranya di mana saya ingin memberikan satu simbolik, satu-satunya daripada segi rakyat di mana kita mesti mempercayai atau mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan negara (Datuk Seri Najib Tun Razak).

"Lagu ini khas kepada Perdana Menteri, kepada kerajaan Malaysia di mana kita mempercayai kepimpinan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata lagu berdurasi 3 minit 30 saaat itu akan dinyanyikan secara koir yang terdiri daripada penyanyi-penyanyi muda daripada pelbagai kaum.

Wah, yang merupakan pencipta lagu 'Standing In The Eyes Of The World' pada 1998, berkata, lirik lagu 'You, I Believe' yang ditulis oleh Kent Erwan itu menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya selain turut menyisipkan beberapa perkataan di dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Beliau berharap lagu itu dapat berkemundang di radio selepas ia dilancarkan kelak.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan), Omar Idris berkata, sebanyak 4,000 NGO dijangka menyertai karnival yang bermula seawal 11 pagi.

Beliau berkata pelbagai program telah dirangka antaranya forum perdana, kempen derma darah, pameran oleh agensi kerajaan dan NGO, persembahan kebudayaan dan konsert.

Omar berkata program anjuran Kesan itu juga mengadakan pertandingan melukis dan mewarna terbesar yang bakal disertai lebih 2,000 kanak-kanak berumur antara lima hingga 10 tahun bagi mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records.



Tiada ulasan: