Ahad, 29 April 2012

Maulana Dedah Rahsia Kahwin Sham Kamikaze Di Propaganza

Isu perkahwinan kedua Sham Kamikaze atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh masih belum terlerai lagi walaupun figura popular ini sudah pun menafikannya.
Lebih hangat lagi, program Propaganza menerusi segmen Mulut Murai yang dikendalikan ejen Murai, Ajieb berjaya mendapatkan maklum balas tentang isu ini daripada bintang Akademi Fantasia 8 (AF8), Maulana yang didakwa adik ipar kepada gitaris popular ini.

Penjelasan berani Maulana ini dibuat memandangkan wanita yang digembar-gemburkan isteri kedua Sham adalah kakak sulung Maulana yang popular menerusi lagu RSVP.

Meskipun pada mulanya Maulana enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan ini, tetapi dia terpaksa akur dan mahukan Sham untuk tampil ke depan untuk memberikan keterangan yang sah.

Jangan lupa Propaganza 29 April 2012,12.00thari di Astro.





Tiada ulasan: