Jumaat, 13 April 2012

OST Filem Istanbul Aku Datang-Aku Datang (Tomok)

Tak sabar nak tengok Filem Istanbul Aku Datang. Maklumlah barisan pelakonnya hebat-hebat terutama Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan. Dalam Filem ini Tomok telah menyanyikan OST Filem Istanbul Aku Datang yang bertajuk Aku Datang.

Sinopsis Filem Istanbul Aku Datang
Istanbul Aku Datang mengisahkan pelajar kolej, Lisa yang mahu membuktikan dia mampu menjadi isteri baik kepada tunangnya. Ia termasuk sanggup terbang ke Istanbul untuk bertemu tunangnya yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di sana.


Dalam pengembaraannya di Istanbul, Lisa dapati bukan mudah mencari cinta sejati hinggalah dia bertemu dan jatuh hati dengan seorang artis yang menetap di sana.

Filem Istanbul Aku Datang diterbitkan oleh Red Films & Grand Brilliance. Manakala Bernard Chauly sebagai pengarah dan Rafidah Abdullah penulis skrip.