Rabu, 11 April 2012

Rita Rudaini Terima Mohon Cerai Melalui SMS

Hari ini adalah hari lahir ke36 Rita Rudaini. Sambutan hari lahirnya kali ini menjadi kenangan yang paling meruntun hati dalam hidup pelakon Rita Rudaini apabila menerima berita sedih dari suaminya, Aidil Zafuan membuat permohonan untuk bercerai.
Menurut petikan di Utusan Malaysia hari ini Rita Rudaini menerima SMS mohon cerai dari Aidil.

Sebelum ini, Aidil Zafuan telah keluar meninggalkan Rita Rudaini & anak mereka. Menurut cerita aktress ini suami’nya menurut kata telunjuk adik kembar dan isteri’nya untuk keluar rumah.

Kisah ini boleh dibaca selanjutnya di Utusan Malaysia hari ini.

Update
Pelakon Rita Rudaini menjelaskan telah menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 telah membuat permohonan untuk bercerai dengannya.

Rita dalam laporan Utusan Malaysia pada Rabu berkata, suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri telah memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah menfailkan penceraian dan peguamnya akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepada Rita.

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.


2 ulasan:

encik realiti berkata...

mmg dayus la jantan ni..x baik betul..

Farah Shamsudin berkata...

senang nye laaa nak keluar rumah tinggalkan isteri dan anak2.. sebelum dapat, sanggup lupekan mak ayah.. skang macam ni pulaa? dayus betul ni..kalau dah taknak tu, pulangkan secara baik bukan begini caranya!

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/