Rabu, 11 April 2012

VIP Taja Undian Tasha Shilla Menang Artis Baru Wanita Popular?

Kontroversi lagi. Kali ini pasal Tasha Shilla yang menang kategori Artis Baru Wanita Popular. Ada juga terbaca dalam Facebook yang undian paling tinggi selepas Aaron Aziz untuk kategori Bintang Paling Popular adalah Tasha Shilla.
 Tasha Shilla Artis Baru Wanita Popular 2011
Ada kemenangan yang sememangnya sudah kita jangkakan namun paling mengejutkan ada pihak yang mula mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz selain menuduh Tasha Shilla yang menang kategori Artis Baru Wanita Popular sebab kononnya dia mendapat tajaan VIP untuk beli borang dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) undi daripada peminat. 

Cerita itu telah tersebar pada malam selepas majlis ABPBH 2011 selesai. Biasalah, dalam mana-mana anugerah pun akan ada kontroversi lebih-lebih lagi yang bercorak undian masyarakat. Mungkin juga itu semua cakap-cakap di belakang yang masih terperanjat dengan kemenangan mengejut Tasha Shilla sebagai Artis Baru Wanita Popular. 

Semua itu hanya andaian semata-mata kerana tahap apa yang lebih penting setiap undian yang masuk itu adalah menerusi borang khas dan semua kiraan undi itu diaudit oleh badan khas yang dilantik pihak penganjur.  

Soal tuduhan artis mendapat tajaan VIP untuk menang mestilah ada bukti. Nanti silap cakap bahaya.  Janganlah kita dengki-dengki sebab semuanya adalah rezeki masing-masing. 

Umum mengetahui populariti ini adalah perkara subjektif dan jangan kita ingat yang selalu keluar majalah atau akhbar itu petanda sudah cukup popular.

Apapun, selamat maju jaya untuk Tasha Shilla.


2 ulasan:

Kakiwayang.com berkata...

Kami di Kakiwayang.com pun undi dia..sebab lakonan dia best dalam drama2, especially Ramadan Terakhir... bukan sekadar cantik....compared to Neelofa...

so we think dia ada peminat dia sendiri, even blogger/media xcover dia sangat sebab dia bukan 'keyword' yang panas..haha..

spartan berkata...

Wink wink wink