Khamis, 10 Mei 2012

5 Lagi Artis Akan Sertai PAS

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPP Wilayah Persekutuan) mendakwa seramai lima artis akan menyertai parti berkenaan dalam masa terdekat.
Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad mendakwa, kelima-lima artis terbabit dijadual menyerahkan borang keahlian PAS pada 13 Mei ini di Dewan Kohilal, Diamond Square, Kuala Lumpur.

“Penyerahan borang diadakan bersempena Muktamar Tahunan DPP Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung di lokasi yang sama.

“Lima artis ini akan turut hadir bagi menyerahkan borang keahlian sebagai tanda kebersamaan mereka dengan PAS,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kamaruzaman seterusnya mendakwa, sebagai simbolik kepada sokongan terhadap kempen Bersih 3.0 yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, kesemua Exco dan perwakilan muktamar itu akan memakai baju Bersih.

Menurut beliau, muktamar yang memberi fokus kepada persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 itu akan dirasmikan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd. Khalil Abdul Hadi.


Tiada ulasan: