Isnin, 7 Mei 2012

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF & Farih Hamshi-6 Mei 2012

Akma AF,27, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.


Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.



Majlis pertunangan mereka di kediaman keluarga Akma di Taman Buana Perdana, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.



Farih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan kini bekerja sebagai eksekutif di Petronas dan perkenalan mereka tidak berlangsung dalam jangka masa yang lama.

Akma AF bersama tunangnya Farih Hamshi
“Tunang saya itu adalah kawan kepada kawan saya. Ia bagaimanapun bukanlah cinta pandang pertama. Kami menjadi agak rapat selepas Farih balik bertugas dari Melbourne, Australia lebih setahun lalu dan kami terjumpa semula menerusi laman twitter. Kebetulan saya pun tiada sesiapa lagi di hati lantas hubungan yang pada mulanya ‘biasa’ saja terus jadi rapat.

Pasangan ini akan melangsung pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .

Rombongan pihak lelaki pada petang ini membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.

Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu RM300.

Majlis pertunangan Akma AF
Cincin tunang Akma AF
Menurut Akma lagi, dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan statusnya dan apabila sampai masa dia akan mengumumkan kepada rakan media khususnya.

"Sudah sampai masa saya akan jemput rakan media datang, dan hari ini sudah tertunai impian saya itu dan saya merasa lega," ujar anak keempat daripada enam orang adik beradik ini.

Pasangan ini telah memilih untuk menyarungkan busana rona merah jambu hasil daripada rekaan Boutique Chantek manakala tatarias oleh jurusolek terkenal, Famee Abdullah Radzi. Perancang perkahwinan ini juga telah mempersiapkan keseluruhan majlis pada petang itu daripada pelamin indah hingga ke hidangan buat para hadirin yang hadir.

Akma AF dan Farih akan bernikah pada 30 Jun 2012
 Untuk majlis perkahwinan yang akan datang mereka masih akan menggunakan khidmat Boutique Chantek dan Ari Wedding Couture.

Ditanyakan perancangan untuk berbulan madu, Akma menjawab dia teringin mahu ke Bali kerana belum berkesempatan untuk bercuti ke pulau indah tersebut. murai.com.my

Hantaran Artis-Hantaran Pertunangan Akma AF dan Farih Hamshi


2 ulasan:

skuterlady.blogspot.my berkata...

elok la tu nikah cepat...;-)

Lulu Caldina berkata...

duduk tu macam dah nikah..ekeke