Rabu, 30 Mei 2012

Ibu Bayi Mati Dalam Periuk Ditahan-2 Lagi Kematian Anaknya Juga Disiasat

Polis menahan ibu bayi yang mati dalam periuk bertutup disimpan pada kabinet dapur di Rengit pada 11 Mei lalu, selepas memperoleh maklumat baru.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner, Din Ahmad, berkata kematian bayi lelaki berusia 64 hari yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, kini disiasat semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan tangkapan suri rumah berusia 42 tahun itu.


“Ibu bayi itu kini disoal siasat mengenai kematian anaknya, Asyraful Iskandar Mohd Salleh, yang sebelum ini ditemui mati dalam periuk secara misteri.

“Malah, polis turut menyiasat semula kematian anak kedua wanita itu, Nor Alia, yang meninggal dunia pada 2003 ketika berusia tiga bulan yang dilaporkan sebelum ini akibat tersedak susu.

“Walaupun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, ia bergantung kepada laporan pakar psikiatri yang akan diperoleh dalam tempoh terdekat mengenai tahap kesihatan mental terkini wanita itu yang dikesan mempunyai sejarah masalah mental,” katanya selepas Himpunan Bulanan Polis Daerah Batu Pahat, di Dataran Penggaram, di sini, semalam.

Kematian Asyaraful Iskandar minggu lalu, menimbulkan misteri kerana mangsa didakwa hilang ketika tidur dalam buaian di ruang tamu, sebelum ditemui dalam keadaan kaku dan lengkap berpakaian dalam periuk yang ditemui polis di dapur kediaman itu.

Namun, kejadian pada 11 Mei lalu bukan kali pertama menimpa ibu bapa mangsa yang sebelum ini pernah kematian dua anak mereka pada usia kurang tiga bulan.
 
Anak kedua pasangan itu, Nor Alia, meninggal dunia pada 2003 ketika berusia tiga bulan kerana tersedak susu, manakala anak ketiga, Siti Salmah, meninggal dunia pada 2010 pada usia 44 hari selepas dilahirkan tidak cukup umur.

7 ulasan:

Rosniena berkata...

maybe masalah mental..takkan hantu kot

Yaya Azura aka Naz Azra berkata...

rasanya masalah mental tu...

Scarlett O'Hara berkata...

Dah agak dah.Tak logik kan baby boleh masuk dlm periuk sendiri?

pena rozie berkata...

otak die dah x betul kot

Golden Rose berkata...

astaqfirullah....something wrong somewhere...

Syuk Ry berkata...

giler ker per aish..

Harith Iskandar berkata...

pembaca yg lain pon rase muskil.kene siasat lanjut nih...:(

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/