Khamis, 24 Mei 2012

Juara American Idol Musim 11- Phillip Phillips

Phillip Phillips telah dipilih sebagai pemenang 'American Idol' Musim 11 dengan memecahkan rekod 132 juta undi. Tidak menghairankan kerana semua tahu beliau mempunyai daya penarik buat wanita.


Walaupun pada hakikatnya bahawa dia adalah kegemaran wanita, Phillips menang kerana bakatnya.

Phillips, benar-benar terkejut dengan kemenangan itu. Sewaktu persembahan, Phillips bekerjasama dengan klasik rock legenda John Fogerty dan ia adalah satu persembahan yang sempurna. Sementara itu, Sanchez berduet dengan Jennifer Holliday.

Tahniah, Phillip Phillips! Dan Tahniah juga kepada Sanchez.

Update

HAKIKATNYA, bukan satu kejutan apabila Phillip Phillips menjadi juara terkini American Idol yang telah memasuki musim ke-11.

Sejak awal kemunculan, dia hadir dengan aura dan pesona tersendiri. Dalam setiap persembahan yang dilakukan pada setiap minggu, Phillip dilihat sentiasa konsisten walau sesekali ditegur juri tentang pemilihan lagu yang dibuatnya kurang bersesuaian untuk sebuah pertandingan. Namun Phillip adalah Phillip. Dia berani mengambil risiko, mendengar gerak hati dan sentiasa tampil dengan idea yang segar.

Maka ketika dia dipilih oleh sebanyak 132.2 juta peminat sekali gus menewaskan pesaingnya yang juga bukan calang-calang gadis, Jessica Sanchez ia dilihat bukan satu keputusan yang semborono.

Malah undian tersebut merupakan rekod baharu dalam sejarah American Idol sejak program realiti TV dimulakan 11 tahun lalu.

Malah laporan akhbar Los Angeles Times menyifatkan pertarungan akhir antara Phillip dan Jessica telah menampakkan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Phillip.

Ia berikutan impak daripada keupayaan Philip yang mengalunkan lagu Billy Joel, Movin' Out menjadi seperti lagu miliknya sendiri manakala Jessica pula mendendangkan lagu balada berjudul Change Nothing.

Sementelah Jessica dikatakan langsung tidak memberi saingan kepada Phillip, malah dia disarankan Los Angeles Times untuk mencari nama komersial bagi memastikan kelangsungan kariernya berjalan lancar.

"Ia adalah satu penghormatan buat saya kerana dapat beraksi di atas pentas ini dan bermain dengan banyak orang yang hebat.

"Kepada para peminat saya, berterima kasih kerana mengundi kami berdua sehingga ke peringkat ini," ucap Phillip sebelum diumumkan sebagai pemenang baharu program tersebut.

Berusia 21 tahun, Phillip yang berasal daripada Leesburg, Georgia, Amerika Syarikat sememangnya bukan peserta yang pertama tampil dalam American Idol bertemankan gitar atau kebolehan bermain instrumen. Dia juga bukan peserta pertama yang berbakat mengubah lagu sedia ada menjadi lebih segar.




Tuah bagaimanapun lebih memihak kepada Phillip. Pada malam final yang berlangsung semalam, Phillip dilihat menangis sewaktu membawakan lagu karya sulungnya berjudul Home sebaik sahaja diumumkan sebagai juara American Idol 11 sebelum dia meninggalkan pentas dan berpeluk-pelukan dengan ahli keluarganya sebagai tanda meraikan kemenangan yang diperolehnya itu.

Sentiasa konsisten menukar lagu-lagu yang diberi menjadi seperti lagu miliknya, barangkali itu yang membuat pengundi tertawan dengan kebolehannya.

Selain itu, dia yang kerap mengucapkan ucapan terima kasih kepada peminat yang menyokong dan mengundinya melalui Twitter peribadinya juga dilihat menjadi antara faktor kemenangan yang diperoleh.




1 ulasan:

Joel Leslie berkata...

eh resultnya bukan mlm nnt ke? :O hehehe. best gak phillip phillips menang. dr audition dh terkagun ngan suara dia. simple but terbaekkk ^_^