Ahad, 20 Mei 2012

Nora Danish Mohon Maaf-Gambar Dalam GLAM Melampau Dan Mengaibkan

Pelakon jelita, Nora Danish semalam memohon maaf berikutan penyiaran gambar-gambar seksinya dalam sebuah majalah hiburan yang berada di pasaran sewaktu dia berada di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

"Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya.

"Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nora sebelum ini dikritik kerana membenarkan aksi ghairahnya dirakam sebelum disiarkan dalam majalah tersebut untuk keluaran bulan ini.

Menjelaskan keadaan, katanya, sesi fotografi untuk majalah tersebut sebenarnya telah dilakukan sejak awal tahun ini.
Nora Danish Bergambar Seksi Dalam GLAM Lelaki Mei 2012


2 ulasan:

lolipop_oreo berkata...

ok la tue dea da mntk maaf.
p/s:done follow here..

Yaya Azura aka Naz Azra berkata...

terlajak perbuatan..mohon maaf je la yg mampu..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/