Khamis, 31 Mei 2012

Nyanyian Sakaratul Maut-Cerekarama TV3-Lakonan Neelofa Dan Shaheizy Sam

Cerekarama Nyanyian Sakaratul Maut adalah arahan Haris Kadir dan terbitan BZ 2121 Productions Sdn Bhd yang juga projek drama sulung produksi yang dimiliki aktres terkenal, Zizie Izette Abd Samad.

Sinopsis Nyanyian Sakaratul Maut
Nyanyian Sakaratul Maut menceritakan mengenai gadis jelita, Norain dan rakan baiknya, Lina yang juga seorang model dan berkawan rapat dengan Talib yang juga seorang pengedar dadah. Konflik bermula apabila Talib ditangkap polis dan ditahan di penjara selama dua tahun. Ketiadaan Talib menyebabkan Norain berada dalam kegelisahan sehinggalah dia bertemu lelaki kaya, Mansor. Pada mulanya, Mansor cuma menumpangkan Norain dengan keretanya tetapi akhirnya dia jatuh hati dengan gadis itu hingga ingin mengahwininya.

Akhirnya, Norain berkahwin dengan Mansor kerana ingin mengejar kemewahan hidup tanpa pengetahuan teman lelakinya, Talib yang berada di penjara ketika itu.

Cerita ini menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Norain (Neelofa), Shaheizy Sam (Talib), Datuk Jalaludin Hassan (Mansor), Farahdhiya (Lina) dan ramai lagi. Ia akan bersiaran untuk slot Cerekarama di stesen TV3, pukul 10.00 mlm, khabarnya pada 2 Jun 2012.


5 ulasan:

pwincess Lov3y dOv3y berkata...

mcm best cter nie..

maszull berkata...

assalamualaikum CT...menarik juga cite ni nak tengok la nanti...:)

zhardatypewritter berkata...

uitz apa tajuk theme song dia 2 mcm syok xiak?

Diana Kasih berkata...

Sempat laaa tgk juga td malam.... tp clash dgn cerita Lara Croft TV2... hihihhihi Tomb Rider lagi best kot.. walau cetia lama :P

Contest:Nur Diana's Collections: Give Away

spartan berkata...

Tahniah! Tv3 kata drama ni dpt rating tertinggi di antara cerekarama2 yg telah ditygkn.rating cerekarama sekrg menjunam teruk tp menurut kakitgn berkenaan kedua2 drama iaitu Nyanyian Sakaratul Maut dn Dibah Lori dpt rating 2 juta lebih

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/