Isnin, 7 Mei 2012

OST Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

DRAMA bersiri 24 episod yang diadaptasikan daripada novel hasil tulisan Wan Mahani iaitu Seindah Sakura diarahkan oleh pengarah muda yang kreatif, Zul Huzaimy Marzuki, 33. Akan menemui penonton setia Slot akasia TV3 pada 7 Mei 2012.

Lebih menarik, drama terbitan Temenggong Pictures ini menggandingkan aktres popular Fasha Sandha dan aktor kacak Fahrin Ahmad, selaku teraju utama.

Drama bersiri Seindah Sakura ini disiapkan dalam tempoh 65 hari seperti direncanakan yang mempunyai  kelainan yang mampu menarik penonton setia slot Akasia di TV3.

Jika didalam novel memaparkan kampung setinggan di kawasan landasan kereta api tetapi untuk drama ini diubah dengan memaparkan kehidupan setinggan di kawasan Beserah, Kuantan kerana susah nak buat proses ‘dubbing’ di kawasan landasan kereta api. Penggambaran Drama Seindah Sakura juga dibuat di Kota Paris.

 Drama ini dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Datuk Eizlan Yusof, Sherie Merlis, Eryna, Wan Sharmila, Fimie Don dan artis veteran Mak Mah.




2 ulasan:

Editor berkata...

biasa nyer novel yang dibuat drama akan meletup... www.redlomo.com :)

Ilham11 berkata...

cerita ni best!