Isnin, 14 Mei 2012

OST & Promo Drama Dalam Hati Ada Taman-Randy Pangalila & Elfira Loy

KEJAYAAN telefilem Mimpi Sampai Ke Bintang disiar Astro Ria Disember lalu memperoleh rating 1.1 juta penonton membuatkan pelakon sinetron terkenal Indonesia, Randy Pangalila, 22, menerima tawaran Cube Film Sdn Bhd untuk membintangi drama bersiri Dalam Hati Ada Taman.


Seperti Mimpi Sampai Ke Bintang, Randy sekali lagi digandingkan dengan Elfira Loy dalam drama bersiri 13 episod itu yang bakal disiarkan di Astro Ria, Oktober depan. Pelakon lain yang terbabit dalam drama itu termasuk Haniz Suraya, Amy Mastura, Amar Asyraf, Sharifah Shakinah, Liza Abdullah, Faizal Hussein dan Didie Alias.
Drama bersiri Dalam Hati Ada Taman Randy dan Elfira

Ditemui sewaktu sibuk menjalani penggambaran di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, jejaka kelahiran Surabaya, Jawa Timur ini menjelaskan, seandainya Mimpi Sampai Ke Bintang tidak ditonton peminat di Malaysia, bermakna itu percubaan pertama dan terakhir untuknya beraksi di sini.

“Saya mengetahui mengenai sambutan baik penonton terhadap telefilem pertama yang saya bintangi di sini menerusi penerbit dan pengarah, Michael Ang.

“Saya juga difahamkan, jumlah tontonan Mimpi Sampai ke Bintang untuk stesen berbayar seperti Astro sangat tinggi dan mencipta rekod.

“Saya senang mendengar maklum balas itu dan ia membuatkan saya mahu terus bekerjasama dengan produksi dan pelakon di sini, di samping mengubat rindu peminat.

“Pada saya, tiada gunanya berlakon di Malaysia tetapi tidak ada orang menyukainya. Saya juga lakukannya untuk peminat sebagai tanda terima kasih kerana menerima dan menyokong kerjaya seni saya di sini,” katanya.

Menarik menerusi drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Randy bukan saja berlakon tetapi turut mencipta dan menyanyikan lagu temanya. Lagu itu sudah lama dalam simpanannya sebagai koleksi peribadi.

“Saya pernah memperdengarkannya kepada Michael dan dia berminat. Malah, katanya, ada babak ditulis diilhamkan daripada lirik lagu yang saya cipta. Setakat ini, lagu pertama belum ada judulnya dan lagu kedua, Everything I Need.

“Ia akan disusun semula oleh Tam Spider dan kerja-kerja rakaman juga akan dilakukan sama waktunya dengan penggambaran Dalam Hati Ada Taman,” katanya.






3 ulasan:

SITOT berkata...

best2,.

maszull berkata...

assalamualaikum CT...best la nak tengok la nanti...:)

Cikrosecute berkata...

hehee memang seronok tengok randy berlakon...