Ahad, 20 Mei 2012

Pengakuan Almy Nadia-Hubungan Dengan Fizz Bagai Retak Menanti Belah

LARA hatinya tiada siapa yang tahu. Sebelum ini Almy Nadia, sukar buatnya meluahkan apa yang terbuku di hati, jauh sekali membuka pekung hubungannya dengan Fizz. Luarannya nampak indah dan bahagia, apatah lagi Fizz sudah membuka mulut dan mengumumkan akan melamar sebagai suri hidupnya tahun ini.
 Di sebalik itu, hanya Tuhan lebih mengetahui. Hubungan mereka tidak seindah yang digambarkan, lebih banyak kepincangan daripada melakar bahagia sejak dua tahun kebelakangan ini.



Jujurnya, Almy mengakui:
“Episod bahagia sudah lama berlalu pergi, yang hanya tinggal kini perasaan yang sukar nak ditafsirkan. Bagi saya, Fizz meninggalkan beban yang tidak terpikul rasanya apabila mengumumkan mahu melamar saya tahun ini.

Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan.

Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media, sedangkan kami tidak pernah berbincang soal kahwin. Hubungan kami juga boleh diumpamakan retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini.

Saya akui pada awal perhubungan dulu, saya ada mengajak Fizz berkahwin tapi ketika itu, Fizz tidak bersedia lagi.

Dia mahu berjaya dalam kerjayanya sebagai pelakon dan mengumpul duit terlebih dulu. Saya faham, saya tahu bukan senang nak membina rumah tangga tanpa kewangan kukuh. Tapi, lama kelamaan hubungan kami semakin renggang, semakin jauh selepas tiga tahun bercinta.

Tiga bulan saya fikir, timbang dan kaji, saya rasa hubungan saya dan Fizz tiada hala tuju, umpama hubungannya dengan Fizz bagaikan gantung tidak bertali. Mereka jarang berhubung, apatah lagi bersua muka. Nombor BBM Fizz pun saya tiada. Jadi, adakah ini yang dikatakan cinta? Selama tiga bulan merajuk, Fizz langsung tidak mempedulikan saya, jauh sekali nak menjenguk saya di kampung. Saya juga terasa hati, saya langsung tidak dipelawanya kemajlis ABPBH. Fizz mahu pergi bersama rakan dan keluarganya saja. Saya mengalah. Tapi, paling buat saya kecil hati, Fizz langsung tidak mengingati hari jadi saya. Jadi apa harapan saya lagi?

Almy juga mendedahkan, dia berharap Fizz tidak terus berbohong dengan mengatakan mereka akan berkahwin, sedangkan rancangan perkahwinan tidak wujud dan mungkin tidak menjadi kenyataan. Jangan menipu soal nikah kahwin. 

"Saya anggap pengumuman mahu melamar saya itu hanyalah gurauan Fizz. Saya akui saya seorang yang setia, Fizz adalah 'cinta mati' saya, tapi saya akur jika ini adalah takdir yang tertulis buta diri saya", katanya.



4 ulasan:

aimaniman berkata...

kesiannya,.. semoga mereka mampu meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin jika hati dah suka sama suka kan....

mizz RFL berkata...

ermm.. mgkin xde jodoh kowt..thnx visit my blog.. come again.. =)

lady scooter berkata...

kesiannye dia..! baru pas tengok citer lakonan dia kat tv1 semalam.. 'angan si tukang sapu'..hu3..best tengok dia ngan zul huzaimy dlm citer tu...

lady scooter berkata...

kesiannye dia..! baru pas tengok citer lakonan dia kat tv1 semalam.. 'angan si tukang sapu'..hu3..best tengok dia ngan zul huzaimy dlm citer tu...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/