Jumaat, 18 Mei 2012

Promo & Sinopsis Drama Ameera-Slot Samarinda TV3

Berakhirnya Drama Mahabbah, menyusul pula drama baru yang mengambil tempat di slot Samarinda bertajuk Ameera. Drama arahan Murali Abdullah ini akan bermula pada 23 Mei 2012 pada pukul 10.30mlm Selasa-Rabu dan pukul 9.30mlm pada hari khamis di TV3. Skrip drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production dan karya Sharifah Abu salem.

Drama Ameera dilakonkan oleh Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha),  Faizal Hussein (Jai), Hairi Safwan anak wayang (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Aman Shah dan Sabrina Ali (Rozi).
Mengunakan tagline "demi zuriat sebuah perjanjian termeterai" drama Ameera mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat.

Sinopsis Penuh Drama Bersiri Ameera-Slot Samarinda
Drama Ameera berkisar kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagian melayari bahtera rumah tangga selama empat tahun walaupun masih belum dikurniakan anak.Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya mendesak Ameer berkahwin denga Marisha.

Apabila Ameera disahkan mandul, Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian, akhirnya mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatka anak dan menceraikan selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau sehingga seorang gadis kampung dan miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila melarikan diri  dari kekasihnya Faruk, kerana mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran.Ameera membawa Zila pulang kerumahnya. Ameera menganggap Zila sebagai calon paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer.
Rita Rudaini & Syamsul Yusuf-Drama Ameera
Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Ameer pada mulanya membantah namun Ameera merayu supaya menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Dalam perjanjian yang ditandatangani Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila akhirnya jatuh cinta terhadap Ameer. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Apakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut itu memakan diri? Bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripaada cengkaman Faruk? Segalanya bakal terjawab dalam Ameera yang akan disiarkan mulai 23 Mei 2012.





7 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...menarik je sinopsis cite ni best juga nak tengok la...:)

Unknown berkata...

haha ..tak nak la tngok ...

Alyza Fisol berkata...

nak tengok la...sbb ade rita rudaini...hehe... :D

zima berkata...

Dah cam cite hindustan ckit2...chori2 chupke2 tang nk anak tu je...

zima berkata...

Dah cam cite hindustan ckit2...chori2 chupke2 tang nk anak tu je...

zima berkata...

Dah cam cite hindustan ckit2...chori2 chupke2 tang nk anak tu je...

Sky b4 Pinky berkata...

13 July 2012 : geram eah tengok si ziela n mak amir..huh!! cian Ameera