Jumaat, 29 Jun 2012

6 Gambar Restoran Atas Pokok- Naha Harbor Diner Okinawa, Banyan


Di Jepun, ada sebuah restoran yang dinamakan Naha Harbor Diner yang dibina diatas sebuah pokok.  Ia adalah restoran pan-Asia yang terletak di atas batang pokok, di tengah-tengah Pusat Bandar pusat membeli-belah di Okinawa, Banyan.



Restoran Naha Harbor Diner menghidangkan makanan berasaskan organik yang diambil segar dari ladang. Reka bentuk yang luar biasa menarik perhatian pengunjung yang datang.


Walaupun asas struktur bukanlah pokok Ficus sebenar, reka bentuk seni bina ini meniru kehidupan tumbuh-tumbuhan (dirujuk sebagai "gajumaru") dalam replika yang lebih besar menarik mata yang memandang.

Pelanggan yang ingin mengunjungi restoran Naha Harbor Diner ini boleh menggunakan tangga yang terletak di belakang atau dengan menaiki lif yang dibina, melalui batang pokok tersebut.


3 ulasan:

kaki bola berkata...

Awesome kot restoran ni.I wonder kalau m'sia ada sebijik macam ni.mesti masuk buku rekod m'sia.

nana kamarul berkata...

bestnya! macam teringin je nak pegi!

Cik Cammy Lia berkata...

amazing..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/