Jumaat, 8 Jun 2012

Gambar Terbaru Bienda bersama Anaknya-Lavienda Namiraz

Pasangan Nor Razlinda Razali, 27 tahun, atau lebih dikenali sebagai Bienda dan Kamarul Zariman Abd telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Lavienda Namiraz. Biarpun dilahirkan secara pembedahan pada 26 Februari 2012, Bienda berasa begitu bersyukur kerana diberi anugerah yang tidak ternilai sepanjang hidupnya.


“Sebenarnya Bienda masih tidak percaya dengan gelaran baru ini. Begitu pantas masa berlalu. Daripada mula disahkan mengandung, melalui tempoh tersebut, bersalin sehinggalah Vie kini berusia hampir tiga bulan.

Gambar terbaru Bienda bersama anaknya-Lavienda Namiraz
“Paling membahagiakan apabila Bienda sendiri membesarkan Vie yang secara tidak langsung juga mendidik diri untuk menjadi lebih penyabar. Memang akui rasa kepenatan tetapi hilang sebaik menatap wajah mulus Vie. Lebih menggembirakan apabila dia sekarang sudah pandai tersenyum apabila diagah dan suka membebel,” cerita penyanyi dan pelakon ini penuh teruja mengenai ‘orang baru’ dalam hidupnya.

Lebih melengkapkan kehidupannya sebagai seorang ibu, Bienda dapat menyusukan Vie secara eksklusif. Biarpun terpaksa melupakan hasratnya untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelumnya, ia bukan halangan kepada Bienda demi kebaikan anaknya.

“Bienda gembira dapat menyusu Vie secara eksklusif, malah itulah cita-cita tinggi Bienda. Dynas banyak memberi panduan kepada Bienda dan ia sangat membantu dalam usaha Bienda ini. Kemudian Bienda pula akan menasihati kawan-kawan yang baru melahirkan bayi agar selalu berfikiran positif dalam penyusuan bayi ini.

“Vie anak yang tidak banyak kerenah. Dia menangis apabila lapar dan tidak selesa jika lampin penuh. Selebihnya Vie mudah dijaga. Kalau diikutkan semasa tempoh berpantang sebelum ini, suami yang banyak membantu dan bertolak ansur. Pada Bienda, jika suami tidak membantu isteri, tentu menyukarkan keadaan. Ada kalanya situasi bertukar lucu pula apabila kami berebut untuk menjaga Vie.

Dalam pada itu, biarpun baru melepasi tempoh berehatnya, Bienda tidak mengambil masa yang lama untuk kembali aktif di dalam industri seni. Malah dia menyifatkan rezekinya semakin murah setelah melahirkan Vie.


3 ulasan:

SP (spudinpunya) berkata...

comel jugak ye

maszull berkata...

assalamualaikum CT...comelnya anak Bienda ni cute mcm mak dia juga..:)

Miss Anis berkata...

comel jugak anak bienda ni...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/