Khamis, 7 Jun 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Depp

Majlis pernikahan bertemakan perkahwinan dalam taman Inggeris penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Huda Abdul Wahab dan pasangannya, Eric Daniel Depp diijabkabulkan di Duchess Place, di ibu kota, semalam (6 Jun 2012).

Cantik bak puteri diraja, Nurul yang memakai gaun polos putih mutiara hasil sentuhan Rizman Ruzaini dan solekan Deq Sha turut terharu apabila ibu serta bapa mentuanya, Germaine dan Roland Depp hadir merestui perkahwinan mereka.
Nurul Wahab dan Eric dimajlis perkahwinan mereka
Majlis bertambah indah apabila Nurul turut diapit anak perempuannya, Ayu Nazirah, yang mengiringi laluan masuk ibunya sebelum dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Azizan Othman.

Dengan hanya sekali lafaz, pengantin perempuan yang diwalikan abangnya, Rizal Abdul Wahab, selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin RM80 dan cek hantaran bernilai 5,000 Euro (RM19,863.35).

Pihak pengantin perempuan turut menerima lima bentuk hantaran daripada pihak pengantin lelaki, manakala Eric Depp telah menerima tujuh hantaran sebagai balasan.

Pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berupa barangan penjagaan diri Skinz Infinate, minyak wangi jenama Cartier, jam tangan Korloff Paris, seutas rantai mutiara serta wang hantaran bernilai 5,000 euro (RM20,000).

Nurul pula membalas dengan tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, manisan, produk kecantikan, senaskhah al-Quran lengkap dengan terjemahan, sepasang kasut Pedro, songket dan sejadah.





Hantaran rantai mutiara dari Eric untuk Nuru

Hantaran sirih junjung
 Antara rakan artis lain yang hadir memeriahkan majlis ialah Amy Mastura, Misha Omar dan Jehan Miskin. Majlis diacarakan Ieda Moin dan Shah Shamsiri. 

Hantaran untuk Nurul dari Eric
Hantaran dari Nurul untuk Eric




3 ulasan:

Alieza Dayasari berkata...

simple.. but nice...

Irfa berkata...

moga nurul bahagia hingga akhir hayat

hantaran pakai euro tu..lagi mahal kot dr masa kawen dulu ;)

maszull berkata...

assalamualaikum CT....simple but nice..:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/