Selasa, 26 Jun 2012

Irma Hasmie Mencuba Baju Pengantin & Gambar Pergi Umrah

Pelakon popular Irma Hasmie bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi bersama jejaka pilihan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 29 Jun ini.

Sebelum itu Irma telah menunaikan ibadah Umrah pada 8 Jun lepas dan telah pulang ke tanahair pada 20 Jun lalu.
Irma Hasmie & Heliza Helmi di Mekah
Irma Hasmie, Heliza Helmi,Yatt dan Diana Amir

Irma menganggap pemergiannya ke Tanah Suci kali ini adalah secara kebetulan dan rezeki dari Allah SWT yang menjemputnya menjadi tetamu di waktu dia bakal bergelar isteri. Bahkan dia sudah menempah pakej ke Umrah sebelum menetapkan tarikh perkahwinannya bersama Reza.
Irma Hasmie dan Ezuwan Ismail (yang mereka baju pengantinnya)
"Biar niat kita kerana Allah itu yang penting bukan persiapan perkahwinan semata. Malah tujuan kehidupan berumah tangga adalah untuk mencari kebahagiaan dan keberkatan daripadaNya.

Majlis pernikahan Irma Hasmie bersama Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan akan diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3 petang. Manakala persandingan akan berlangsung di MAEPS, Serdang hari yang sama jam 8 malam.
Pada hari pernikahan nanti, Irma akan mengenakan busana daripada pereka fesyen Hatta Dolmat dan majlis persandingan pula dia akan menyarungkan ilham rekaan Ezuwan Ismail.
Hanya Sekali Lafaz Irma Hasmie Dan Reza Selamat Diijabkabulkan

1 ulasan:

Nyamuk Terbang berkata...

wah dh nak kawin..manis jer irma bertudung