Isnin, 11 Jun 2012

Isu Anzalna VS Neelofa-Hans Isaac Bersuara Kutuk Wartawan Zubir BH

Sekarang ini hangat tentang kenyataan Anzalna yang mengatakan Neelofa seorang yang busuk hati. Semua ini gara gara artikel tulisan seorang wartawan hiburan di Berita Mingguan Ahad semalam.

Hans Isaac yang digossipkan teman tapi mesra Neelofa telah membela pelakon tersebut. Hans mengatakan Zubir (wartawan BiPop) sengaja mencari isu dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir.

Hans Isaac menerusi akaun Twitter rasmi beliau mengatakan sebagai penerbit filem Neelofa, Lemak Kampung Santan beliau menasihat pelakon itu untuk mengambil tindakan.

“Personally, I think we should not entertain this one bodoh sunday reporter Z. Saya dah kenal dia bertahun. And he is not a good person.” Z di’percayai merujuk kepada Zubir.

Mungkin kerana terlalu memendam rasa terhadap Zubir, Hans Isaac membuka tawaran untuk berdebat secara berhadapan live di kaca televisyen. Dah macam debat perdana pulak nanti.Tunggu ajelah apa kesudahannya.

Hans Isaac VS Zubir wartawan BH

Hans Isaac bela Neelofa



Tiada ulasan: