Isnin, 11 Jun 2012

Jehan Miskin Belajar Masak Dengan Chef Anis Nabila Kerana Masterchef Selebriti Malaysia

Sebelum menyertai Masterchef Selebriti Malaysia (MSM), Jehan Miskin, 32, hanya tahu merebus air dan sekali sekala akan masak mi segera, tetapi selepas menyertai pertandingan memasak itu, sebut saja jenis juadah yang ingin anda nikmati pasti jejaka kacak itu dapat menyediakannya.


“Sebelum ini saya tak tahu apa pun pasal memasak. Tanpa ada sedikit pun ilmu memasak, apa yang saya nak buat kerana apabila berada di dapur MSM, pelbagai menu perlu disediakan. Seni menghias hidangan pun kena ada.

 Masterchef Selebriti Malaysia (MSM), Jehan Miskin 

 “Sebaik saya persetujuan diberi, saya terus mencari sahabat karib saya, chef Anis Nabila. Kami kenal lebih setahun lalu, kami pernah menjayakan program susu FN Ideal. Sejak itu kami terus berkawan.

"Justeru saya minta Anis ajar saya memasak di mana saya ada masa seminggu saja lagi sebelum bermulanya MSM. Anis mengajar saya masak hidangan paling asas yang mana saya boleh menggunakan cara memasak yang sama untuk sajian lain. Malah dia juga mengajar saya cara betul memotong bawang.

“Setiap hari saya belajar dengannya daripada hidangan Melayu sehinggalah kepada sajian Timur dan Barat.   Dari hari pertama saya belajar memasak sehinggalah ke hari ini, Anis sudah ajar saya lebih 100 menu. Saya bersama artis/selebriti yang lain dari Isnin hingga Jumaat akan sibuk di dapur MSM dari pagi sampailah ke malam, manakala pada Sabtu dan Ahad saya ke kelas masak bersama Anis,” katanya.

“Apabila masuk MSM, ia bukanlah perkara main-main. Alhamdulillah, cabaran pada minggu pertama dan kedua, saya ‘lepas’.

“Saya pun tak sangka, tetapi dalam MSM saya tidak memburu kemenangan. Sejak menyertai MSM, saya terus suka memasak dan sekarang cakap saja mahu makan apa, saya dah boleh buat. Tak ada masalah lagi nak menjamu rakan di rumah.

“Dalam MSM saya belajar banyak perkara baru. Kalau dah tak tahu memasak manalah saya kenal bahan-bahan masakan yang digunakan, tetapi selepas menyertai MSM saya dah tahu apa itu safron, bunga cengkih dan bunga lawang. Perubahan ketara dalam hidup saya sekarang, saya sudah pandai memasak.

“Saya juga perlu buat bersungguh-sungguh kerana demi peminat yang menyokong saya. Mereka sangat seronok tengok saya dalam MSM dan mereka turut gembira apabila saya menang setiap cabaran dalam MSM.

Ibu Jehan sendiri terkejut apabila melihat anak bujangnya sudah pandai memasak.
“Ibu saya pakar memasak dan dia tak sangka saya boleh melakukannya. Sekarang tiada masalah lagi kalau ada yang mahu saya mengendalikan program masakan,” katanya.

Terus berkongsi pengalamannya, jelas Jehan suasana dalam MSM meriah dan ceria kerana semuanya artis/selebriti. Memang tiada masalah langsung.

“Tomok pun dah pandai masak. Kami semua ‘enjoy’ dalam MSM dan berazam tak mahu disingkirkan,” katanya.

Program Masterchef Selebriti Malaysia mula bersiaran 26 Mei lalu di Astro Ria, Sabtu sehingga Selasa setiap minggu. Program itu menampilkan 16 selebriti tanah air yang popular dalam bidang masing-masing, Datuk Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/