Rabu, 13 Jun 2012

Neelofa Buat Sidang Media Tergempar Jawab Isu Bergaduh Dengan Anzalna

Berikutan kekecohan yang berlaku antara dua pelakon yang sedang meningkat naik, Neelofa dan Anzalna Nasir seperti yang disiarkan dalam sisipan hiburan B-Pop Berita Minggu yang lalu, sehinggakan pelakon dan penerbit terkenal, Hans Isaac tampil membela Neelofa dalam akaun Twitternya. 

Pada petang ini, Neelofa akan mengadakan sidang media untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Anzalna di mana kenyataannya telah disiarkan oleh wartawan Zubir Berita Minggu.

 Mungkinkah Neelofa akan menyaman setelah mendapatkan khidmat dan nasihat peguam atau pun jalan berdamai dan bermaafan dengan bersemuka dengan Anzalna? buang yang keruh ambil yang jernih.

Sebelum ini menerusi statusnya di laman sosial, Hans mencadangkan agar Neelofa mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan yang menulis artikel berkenaan di samping mencabar wartawan berkenaan berdebat secara langsung di kaca TV.

Selain itu, Hans turut meluahkan rasa kecewanya apabila wartawan tersebut seperti sengaja mencari isu yang tidak masuk akal dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir dalam sisipan akhbar terbitan hujung minggu lalu.

3 ulasan:

Huda berkata...

Panass!!

Liza @ Adzriel AB berkata...

entah apa2 depa ni

maszull berkata...

assalamualaikum CT...siapa yg benar siapa yg salah kita pun x tahukan kita dengar jer la apa cite seterusnya...:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/