Rabu, 27 Jun 2012

Raja Azmi Dan Jalani Sidek cerai?

KONFLIK rumah tangga Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dengan bekas jaguh beregu badminton negara, Jalani Sidek, 49, dikatakan meruncing apabila penerbit filem itu dipercayai memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Raja Azmi dan Jalani dijangka hadir di mahkamah untuk sebutan pertama kes tuntutan perceraian itu, kira-kira jam 2.30 petang ini.

Sebelum ini, tiada desas-desus menyatakan rumah tangga Raja Azmi dan Jalani yang dibina sejak 30 tahun lalu itu, berdepan krisis.

Namun, kedua-dua mereka pernah dikaitkan dengan isu peribadi termasuk hubungan dengan individu lain.

Hasil perkahwinan Raja Azmi dan Jalani, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Puteri Suraya, 27; Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18. Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun, Muhammad Akid Mohd Shadan.

Raja Azmi sebelum ini pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Serbuan dilakukan bekas isteri kedua Roslin, Norhayati Othman bersama dua adik, ibu serta Jalani pada jam 8.30 malam. 

Bagaimanapun, dakwaan khalwat dikemukakan Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah GombakTimur pada 18 Ogos 2010, tetapi selepas setahun proses siasatan berlangsung, mereka dibebaskan pada Ogos 2011.

Ketika itu, Raja Azmimengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan situasi sebenar sekali gus membuktikan hubungannya dan Jalani masih kukuh. Jalani turut hadir memberikan sokongan kepada isterinya.

Update
“Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh,” kata produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, mengenai perceraiannya dengan suami, Jalani Sidek, 48, yang akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, hari ini.

Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim. 

“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.

“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.

Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.




2 ulasan:

~~zana@pb~~ berkata...

pernah baca dulu, jailani pun ada skandal dgn teman bisnes.....kesian RA....patutnya masa ni la dia boleh goyang kaki.

Rosniena berkata...

setiap perjalanan alam perkahwinan pasti ada asam garamnya,yg penting kuatkan iman dan jika kasih sayang kuat,pasti berkekalan

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/