Khamis, 28 Jun 2012

Sasha Elite Mengaku Bercerai, Rahsiakan Punca Penceraian

25 Jun lalu, kehadiran pelakon dan penyanyi Sasha Mohamad Saidin, 35, bersama ibunya ke Mahkamah Syariah Gombak Timur telah menarik perhatian segelintir pihak media yang sedang membuat liputan satu kes khalwat seorang pelakon.

Ketika itu Sasha yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite dilihat berbaju kurung dan berselendang hitam telah memasuki kawasan yang menempatkan Jabatan Agama Islam daerah Gombak Timur sebelum masuk ke mahkamah rendah bersama ibunya.
 Apabila ditanya oleh pihak media mengenai kehadirannya di situ, ternyata artis jelita kacukan Melayu-Inggeris itu agak terkejut. Namun, dia sekadar memberi alasan mempunyai urusan berkenaan hal keluarga.

Semalam, kakak kepada pelakon Zain Saidin itu telah membuat pendedahan yang pastinya cukup mengejutkan ramai pihak terutamanya pengikut perkembangan dunia seni.

Sasha mengaku sebenarnya tujuan hadir ke mahkamah tersebut kerana mahu membuat permohonan cerai dengan suami saya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono. Walaupun sebelum ini tiada sebarang cerita kontroversi yang membabitkan Sasha dan suami. 

Buat masa sekarang, saya membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang kenyataan atau menceritakan mengenai perkara yang sebenar sehingga saya membuat keputusan untuk bercerai. Mungkin kalau sudah tiba masa yang sesuai nanti, barulah saya akan mendedahkan tentang permasalahan yang berlaku antara kami berdua. Namun, sekarang ini lebih baik saya berdiam diri sahaja terlebih dahulu.

Cuma saya mahu segala yang berlaku dapat diselesaikan terlebih dahulu. Apa yang boleh saya nyatakan, keputusan untuk bercerai ini merupakan keputusan kami bersama.

Mengenai perkembangan terkini kerjaya Sasha pula, beliau baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Natrah pada bulan lepas dan akan disiarkan di saluran RTM sebanyak 13 episod. Drama berkenaan diarahkan oleh Along Kamarudin dan saya memegang watak Adeline Hertogh yang merupakan ibu kepada Natrah.

4 ulasan:

Huda berkata...

Kenapa nak bercerai ek? hmmm peliklahh

Irfa berkata...

bila berkahwin:dah jodoh
bila bercerai:takde jodoh

apa2 pun moga yg terbaik utk mereka

Liza @ Adzriel AB berkata...

tak de jodoh

RazFiRa berkata...

kesian.. mengapekah?

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/