Jumaat, 15 Jun 2012

Wartawan Zubir Nafi Memaksa Anzalna Terbitkan "Anzalna Bidas Neelofa" Di B-Pop

Wartawan hiburan akhbar Berita Minggu, Zubir Mohd Yunus menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan pelakon baru Anzalna Nasir dalam sisipan B-Pop akhbar itu bertajuk Anzalna Bidas Neelofa pada Ahad lalu diterbitkan dengan persetujuan bersama dan bukan secara paksaan.

Zubir berkata dia mempunyai bukti dalam bentuk rakaman bahawa temu ramah bersama Anzalna berhubung krisis pelakon itu dengan aktres Neelofa tidak dilakukan secara paksaan oleh pihaknya seperti didakwa oleh aktres baru tersebut.

“Artikel tersebut diterbitkan dengan persetujuan bersama. Saya tidak memaksa Anzalna meluahkan perasaan berhubung krisisnya dengan Neelofa. Saya hanya memujuk dan dia sendiri bersetuju kenyataan itu akan diterbitkan.
 Zubir Mohd Yunus Wartawan BH
“Bagi saya tidak timbul isu kerana saya mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai kenyataan Anzalna dalam temu ramah kami,” katanya di sini, petang Khamis.

Zubir diminta mengulas kenyataan Anzalna kepada sebuah blog hiburan pada Rabu lalu bahawa dia terkejut apabila luahan yang disifatkan sebagai off record itu telah diterbitkan dalam akhbar berkenaan sehingga menimbulkan perbalahannya dengan Neelofa.

Zubir berpendapat Anzalna enggan bertanggungjawab terhadap artikel itu tetapi beliau tidak berkecil hati atau marah kerana dia percaya tindakan aktres itu berpunca daripada fikiran dan emosi yang bercelaru kerana tekanan akibat insiden berkenaan.
Anzalna memfitnah Neelofa
Berikut adalah soalan-soalan yang diajukan mStar Online kepada Zubir berhubung kes itu.

1) Anzalna mendakwa dia melarang anda menerbitkan luahan peribadinya tetapi anda tetap menyiarkan artikel itu pada Ahad lalu. Kenapa?
Tidak timbul isu... saya tetap menerbitkan artikel itu kerana ia mendapat persetujuan bersama.

Saya sudah mengingatkan dia luahan mengenai Neelofa boleh menyebabkan dia didakwa sebagai fitnah namun Anzalna bertegas kononnya dia mempunyai bukti terhadap kenyataan yang dikeluarkan.

Sebagai wartawan, saya hanya melaporkan apa yang diluahkan Anzalna. Mengenai dakwaan saya memaksa dia untuk mendapatkan kenyataan itu adalah tidak tepat kerana saya hanya memujuk dan dia bersetuju untuk meluahkan perkara itu.

2) Tidakkah dakwaan yang ditimbulkan Anzalna akan menjejaskan kredibiliti dan integriti anda sebagai wartawan?
Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan dakwaan artis kononnya saya tidak melaporkan fakta secara beretika. Dalam apa juga kontroversi artis yang berlaku, artis memang mudah alpa dengan apa yang mereka luahkan kepada wartawan. Apabila kes menjadi kronik, mereka menyalahkan wartawan pula.

Ia adalah proses pembelajaran untuk artis baru seperti Anzalna agar lebih berhati-hati dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Dakwaan itu tidak menjejaskan reputasi dan tidak menjadi kudis pun. Saya menjunjung etika kewartawanan dan sama sekali tidak melanggarnya. Semua perbualan bersama dirakamkan sebagai bukti.

3) Adakah anda bimbang jika kepercayaan artis terhadap anda terhakis gara-gara kes ini?
Tiada apa yang perlu saya bimbangkan kerana saya melaporkan cerita mengikut fakta dan bukan ditokok-tambah. Selama ini segala sumber dan kandungan cerita yang disampaikan adalah sahih dan mempunyai bukti, bukan direka-reka untuk menjadikan ia sensasi.
Hans Isaac & Neelofa

4) Apa komen anda mengenai ‘kemunculan’ aktor dan penerbit Hans Isaac dalam krisis itu sehingga bertindak untuk mengajak anda berdebat mengenai etika kewartawanan?
Saya berasa pelik dengan tindakan Hans yang mengajak saya berdebat susulan krisis antara Neelofa dan Anzalna.

Walhal, saya hanya wartawan yang melaporkan perkara, bukan orang berkepentingan atau ahli politik. Saya hairan kenapa dia harus campur tangan sedangkan dia tiada kena-mengena dalam kes itu.

Saya hormati pandangan Hans berkenaan isu ini dalam laman Twitter miliknya. Dia ada persepsi sendiri untuk menangani kes tersebut tetapi saya mahu jelaskan saya tidak layak untuk berdebat dengan artis berpengalaman sepertinya untuk kes seperti ini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

laa...bergaduh pulak ka ? ish ish