Isnin, 2 Julai 2012

13 Gambar Perkahwinan Akma AF Dan Farih Hamshi

Didahului dengan khutbah nikah, bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Akma kini sah menjadi isteri kepada eksekutif Petronas, Farih Hamshi.

Dengan sekali lafaz, pasangan mempelai yang mengenakan persalinan putih ini dinikahkan oleh bapa Akma sendiri iaitu Abdullah Abdul Rahim di Dewan Cempaka, Pusat Belia Antarabangsa, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras, tepat jam 10.35 pagi 30 Jun 2012.
 Majlis resepsi Akma AF dan Farih Hamshi 
Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM300 tunai bersama wang hantaran berjumlah RM15,000.

Akma menerima tujuh dulang hantaran berupa cincin, wang hantaran, beg tangan, kain sutera, kek, set penjagaan diri jenama Chanel dan jam tangan dari pengantin lelaki.

Manakala, Farih Hamshi atau nama penuhnya Farih Hamshi Datuk Hj Mohamad Fatmi, 28, menerima sembilan dulang hantaran yang terkandung jam tangan, kemeja, sebentuk cincin, kasut, pen bersama kaca mata Ray Ban, set tali pinggang, set wangian Chanel, buah-buahan dan kek daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis pernikahan ini disaksikan oleh dua imam Masjid Tarmizi iaitu Ustaz Harun Abdul Halim dan Ustaz Alias Shaharin yang mana diketuai oleh jurunikah dari Jabatan Agama Wilayah, Tuan Hj Zulkifli Mohamad.
Selamat Pengantin Baru Akma AF dan Farih Hamshi 
Sebaik selesai majlis akad nikah, pasangan pengantin dua sejoli ini bersanding pada jam 1.30 petang di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.


Gambar dariRTeeZ.De.CHORALE

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...sama cantik sama padan pasangan pengantin ini...:)