Jumaat, 20 Julai 2012

13 Gambar Scha Al-Yahya Jadi Duta Kenangan Wholesale City (KWC)

Jangan ingat Scha Al-Yahya seorang yang pentingkan jenama semata-mata. Sebenarnya isteri kepada Ahmad Awaluddin Ashaari atau Awal Ashaari itu seorang yang sangat bersederhana dalam penampilan dan kehidupan sehariannya.

Bagi Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al- Yahya, 29, jika produk itu menarik minat dan berkualiti, tanpa mengira jenama dia tetap akan mendapatkannya.




Berdasarkan sikapnya yang sederhana itu dan popularitinya di kalangan masyarakat tempatan, membuatkan pihak pengurusan Kenangan Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur, memilihnya sebagai jurucakap.Scha yang terkenal dengan watak Dania dalam drama bersiri Awan Dania berkata, selepas bergelar isteri rezekinya tidak berkurangan, sebaliknya semakin bertambah.

"Alhamdulillah, rezeki tak putus. Sebenarnya tawaran jadi jurucakap ini sudah lama, mereka sanggup tunggu Scha. Scha ambil masa dua bulan sebelum beri kata putus.

"Scha buat penyelidikan dulu dan bila puas hati barulah setuju. Scha lihat KWC ini boleh menjadi tempat sehenti untuk membeli belah kepada sesiapa sahaja, daripada yang bekerja atau pun pelajar," katanya.

Dia menganggap pelantikannya sebagai jurucakap pusat membeli-belah pakaian itu adalah selari dengan minatnya pada dunia fesyen dan kebetulan Scha juga mempunyai kedai Schapoholic terletak di Tingkat Satu, Pusat Membeli-Belah The Curve, Mutiara Damansara.

Katanya, kualiti barangan di KWC setanding dengan barangan yang dijual di pusat membeli-belah ternama laindan harga yang ditawarkan lebih rendah.

"Selaku jurucakap KWC, Scha akan bantu untuk sebarkan maklumat tentang tempat itu kepada para peminat dan orang ramai menerusi laman sosial.

"Scha juga dimaklumkan ramai selebriti dan orang ternama yang datang membeli-belah di situ. Selepas melawat beberapa kedai, Scha tengok fesyen yang dipamer juga yang terkini," katanya.

Sikapnya yang ramah dan mudah mesra sewaktu bertemu dengan pemilik kedai dan pembeli di situ, mungkin sebab utama kenapa Scha dipilih sebagai jurucakap.





https://www.facebook.com/KenangaWholesaleCityKL

4 ulasan:

kak mah berkata...

Alhamdulillah...rezeki.

ainhany berkata...

tahniah dan terima kasih atas promosi ini....

bleh laaa soping jugak nanti..
selamat berpuasa ye

Nurmujahidah Ismail berkata...

dia menawan hati,,,

Farah Shamsudin berkata...

memang suka sgt dgn sha nii.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/