Sabtu, 28 Julai 2012

Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook

Banyak sangat kes penipuan jual barang dalam internet ni. Kenalah berhati-hati, terutama kalau harganya murah sangat tak masuk di akal. Baru-baru ini Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Cantiknya baju kurung ini. Cuma gambar hiasan,tiada berkait dengan tajuk diatas
Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.

Mangsa yang ditipu beli barang online di Facebook

7 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

siannya, tak lama dulu, saya pun pernah beberapa kali beli baju dan tudung dari rakan Fb, tak la pernah tak dpat langsung, cuma ada antara barangan tu yang tak puas hati bila dapat, kualiti tak seperti harga yang dibayar...

Mama Syamil a.k.a Miza berkata...

Saya baru nak aktif berniaga di FB, bila terjadi tipu menipu ni, bakal pelanggan mesti curiga dan takut untuk membeli secara online...

ct N honey berkata...

@Mama Syamil a.k.a Miza
saya pun sama baru nak bermula jugak,kita ni ikhlas nak berniaga tapi disbbkan mereka ini, kita pun kena juga tempiasnya...

ct N honey berkata...

@Aisy Nasiha klu nak beli barang dionline kena selidik dulu terutama testimoni customer mereka, takut juga kita tertipu nanti,tapi agaknya nasib2 juga mungkin ok, ada juga yg mmg niat nak menipu...

Razil Tahir berkata...

sebelum nie pernah beli. dapat. tapi kaler lain. mintak refund tapi de bagi excuse kate kaler resolution.
tak guna. kejam.

maszull berkata...

assalamualaikum CT...mcm2 kes skg ni kena berhati2 dlm bershopping di internet...:)

kak mah berkata...

Jahatnya,cian tertipu.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/