Jumaat, 20 Julai 2012

Gambar Abby Abadi Menyerahkan Borang Menjadi Ahli Parti PAS

Malam tadi melalui akaun Twitter dan FB, Abby Abadi telah membuat pengesahan yang beliau telah menyertai parti Pas. Teka-teki selama berbulan menjadi perhatian dan perbincangan terutama di kalangan penyokong pembangkang akhirnya terjawab.

“Penyertaan saya adalah kerana menghargai & menghormati TG Nik Aziz/TG Hj Abd Hadi Awang/semua jemaah yang berjuang untuk agama ALLAH,” katanya melalui akaun berkenaan.

Penyertaan itu dilakukan pada satu majlis yang berlangsung di Padang YIK, Nilam Puri, Kelantan yang turut dihadiri Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Abby menyerahkan borang untuk menjadi ahli seumur hidup PAS.

Abby Abadi menyerahkan borang keahlian seumur hidup PAS

Teka-teki itu wujud berikutan kehadiran Abby di pentas PAS beberapa kali sebelum ini memperlihatkan dia menyokong perjuangan parti berkenaan.

Namun, Abby juga berulang kali menafikan yang dia menyertai PAS ketika ditanya pihak media.

Namun, malam tadi, persoalan mengenai perkara tersebut akhirnya terjawab.

Penyokong PAS yang nyata gembira dengan tindakan itu mengucapkan tahniah kepada Abby melalui laman Facebook dan Twitter.

Tiada ulasan: