Khamis, 26 Julai 2012

Gambar Kapal Meletup Di Jeti Petronas Labuan, 6 Dikhuatiri Maut

Enam orang dikhuatiri  mati apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno dekat sini, meletup awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.









Info sini, gambar sini

Update 27 Julai 2012
Seorang maut manakala empat hilang apabila kapal tangki Bunga Alpinia membawa bahan bakar dan minyak sawit milik MISC Berhad terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha dekat sini semalam.

Kejadian pukul 2.40 pagi itu dipercayai berlaku akibat kapal tersebut disambar petir ketika hujan lebat melanda pulau bebas cukai Labuan.

Difahamkan kebakaran bermula dari dek kapal diikuti siri letupan sehingga kapal tersebut hampir hangus keseluruhan.

Tinjauan mendapati api yang marak atas kapal tersebut mencapai ketinggian melebihi tiga meter.

Api besar itu hanya mampu dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 4 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian tersebut dimaklumkan oleh seorang polis bantuan, Asian Supply Base, yang sedang membuat rondaan di jeti terbabit.

Semasa kejadian, kapal tersebut membawa 29 anak kapal terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam warga Filipina yang sedang sibuk memunggah kargo berisi bahan bakar jenis methanol dari kapal turun ke jeti.


1 ulasan:

kak mah berkata...

Al-Fatihah buat semua keluarga yang kehilangan ahlinya,semoga yang terbaik kita doakan .

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/