Ahad, 1 Julai 2012

Gambar Majlis Resepsi Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer

Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie telah berlangsung pada 1 Julai, Ahad di MAEPS, Serdang bermula jam 8 malam.
Berkonsepkan vintaj, malam ini menyaksikan pasangan mempelai diarak masuk ke dalam dewan diiringi alunan selawat, Tola’al Badru Alaina. Anggun dan tampan dengan busana putih rekaan Ezuwan Ismail, pasangan yang bertemu jodoh di Tanah Suci Mekah ini sama cantik sama padan menyusuri karpet merah menuju ke pelamin indah sentuhan, De Classaflora.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Don dan majlis diteruskan dengan bacaan suci ayat Al-Quran. Boleh dikatakan sebuah majlis perkahwinan yang sangat Islamik. Video Irma dan Redza juga disiarkan menceritakan detik pertemuan mereka ketika melakukan umrah.
Majlis diteruskan pula dengan ucapan ringkas dari kedua ayahanda mempelai di mana ayahanda Redza, Datuk Mohd Radzuan sempat menghadiahkan sebuah sajak istimewa berjudul, ‘Restu’ kepada anak dan menantunya itu.

Pengantin kemudian diiringi ke meja beradab bagi menikmati santapan istimewa yang disediakan oleh Pak Engku dari Kuzie Catering. Antara menu istimewa yang dihidangkan ialah daging unta sempena dengan pertemuan mereka di Mekah, sambal tumis sotong, daging dendeng, nasi beriani dan pencuci mulut. Sambil menikmati hidangan yang disediakan, tetamu dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Algebraa, In Team dan Asiqs.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1000 orang tetamu ini diteruskan dengan upacara memotong kek yang disediakan oleh The Blooming Cake. Istimewanya, majlis pada malam itu lebih bermakna dan cukup menyentuh jiwa di mana lampu dalam dewan dimalapkan dan tetamu yang hadir diperdengarkan dengan bacaan Qasidah Ya Hanana dan Sholatun Bissalamil Mubin.

Majlis yang selesai kira-kira jam 11.00 malam ini turut diserikan dengan kehadiran rakan artis antaranya Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Mawi, Ekin, Rebecca Nur Islam dan suami, Yatt Hamzah dan keluarga, Farah Asyikin, Sari Yanti dan ramai lagi.

Sebelum ini majlis pernikahan Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie telah diadakan pada 29 Jun 2012 di Dewan Persidangan Putrajaya.  Dengan hanya sekali lafaz dan dinikahkan oleh bapanya Irma menerima mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai.
Irma Hasmie dan Reza dimajlis resepsi mereka

Irma Hasmie dan Reza bersanding diatas pelamin

Ustaz membacakan doa dimajlis resepsi Irma Hasmie dan Reza

Kek perkahwinan Irma Hasmie dan Reza 10 tingkat

4 ulasan:

dhia adawiyah berkata...

senyuman diorang serupa ...

Irfa berkata...

moga bahagia milik mereka berdua
amin

Suzie berkata...

suka betul senyum diaorang ni ...

pena rozie berkata...

semoga kekal hingga ke akhir hayat...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/