Isnin, 30 Julai 2012

Jawapan Norish Karman Tentang Gambar Kontroversi Lahirkan Anak Tersebar

Ramai daripada kalangan pihak media mencari Norish Karman (NK) sejak penyebaran gambar kontroversi yang dikatakan menyerupai wajahnya. Kalau adapun reaksi daripadanya, hanya kenyataan pendek yang dikirim menerusi SMS kepada media. Ini sebenarnya tidak cukup dan sekali gus membuatkan ramai pihak tertanya-tanya kesahihan cerita sebenar. Namun, aktres kelahiran Singapura ini lebih selesa memilih berdiam diri.

Bagaimanapun, kehadirannya sebagai artis undangan pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Bukit Jalil Golf & Country Resort, baru-baru ini digunakan sebaik mungkin untuk mencungkil cerita sebenar yang berlaku.

“Saya tak nak jawab,” katanya yang terus memandang ke arah lain sebaik mendengar soalan diajukan.

Namun apabila Rap(HM)  tidak berputus asa meminta jawapan, barulah Norish sudi membuka mulut memberikan komen.

“Biarlah orang nak bercakap apapun. Umi Syarifah (ibu), pesan kita akan dapat bantuan Allah jika dianiaya. Dia juga nasihatkan saya supaya baca doa setiap kali selepas selesai solat untuk memohon pertolongan Allah.

“Lagi orang cakap rezeki saya lagi banyak. Allah akan bagi rezeki kepada orang yang teraniaya. Peminat juga tak pandang serong terhadap saya biarpun isu ini kecoh diperkatakan. Mereka datang peluk saya apabila berjumpa saya.

“Saya hanya takut Allah dan tak takut dengan pandangan serong manusia. Apapun saya serahkan pada Allah untuk menilai. Zaman nabi dulu, ada juga yang kena masuk penjara, difitnah dan macam-macam lagi tapi akhirnya darjat mereka diangkat tinggi sebagai khalifah.

“Inikan pula saya manusia kerdil. Ini adalah ujian daripada Allah untuk angkat darjat saya,” katanya yang turut membawa bersama anak-anak pada majlis itu.

Tambah NK lagi, disebabkan ‘reda’ dengan ujian yang diturunkan ini, dia mengambil pendekatan berhemah apabila tidak melatah sewenang-wenangnya terhadap pihak yang menyiarkan cerita ini.

“Saya tak melatah dengan mana-mana media pun untuk marah. Cukuplah dia dikutuk Allah kerana buka keaiban orang. Siapa yang buka keaiban orang akan dianiaya Allah nanti. Saya serahkan segala-galanya pada Allah untuk menentukan,” katanya dengan nada agak serius.

Berbicara mengenai aktivitinya, NK semakin aktif dengan karier terbarunya sebagai penceramah motivasi di institusi pengajian tinggi yang menekankan aspek pembentukan penampilan dan keyakinan diri.

“Apa yang saya buat ini dapat membantu ramai pihak terutama pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris, etika dan cara untuk menghadapi dunia realiti. Sambutan yang diberikan hebat sehingga mereka panggil saya sebagai guru.

“Biasanya kelas akan dihadiri oleh 50 pelajar setiap kali diadakan. Ini adalah karier baru buat saya dan saya bercadang melakukannya secara serius sekarang.

“Saya gembira tengok perkembangan pelajar yang positif dan mendengar cakap,” katanya yang mendapat pujian ramai menerusi telefilem Maharku Untukmu yang disiarkan menerusi Cerekarama TV3, baru-baru ini.


1 ulasan:

kak mah berkata...

Akak pun tertanya-tanya??? Betul ke tidak,tak mengapa ...insyaallah akan ada jawapan selepas ini.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/