Isnin, 2 Julai 2012

Sidang Media Khas Anzalna Mohon Maaf Secara Terbuka kepada Neelofa

Satu sidang Media khas antara Neelofa dan Anzalna telah dijadualkan berlangsung di Hotel Royal Bintang Baru Cineleisure Damansara.

Menurut wakil Neelofa, sidang media ini adalah bertujuan untuk Anzalna Nasir tampil membuat permohonan maaf secara terbuka buat Neelofa.Ya, Anzalna Nasir akan membuat permohonan maaf kepada Neelofa.


Sidang media khas itu adalah anjuran SENIMAN dan Presiden Persatuan Seniman Zed Zaidi akan turut hadir dalam sidang media ini & seperti yang semua dapat jangka beliau bakal menjadi orang tengah dalam isu hangat ini.

Apakah butir butir yang bakal Anzalna Nasir katakan kepada Neelofa dalam proses permohonan maaf beliau dan adakah Neelofa menerima’nya sekaligus menamatkan ‘sengketa’ antara mereka berdua? Jeng..Jeng..Jeng. Sama-samalah tunggu sidang media khas Neelofa dan Anzalna yang dijadualkan berlaku 2 Julai 2012 jam 1.00 petang.

Menurut Anzalna, dia sememangnya tidak mahu memanjangkan lagi persengketaannya dengan Neelofa dan bersedia untuk bertemu pelakon tersebut agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya bersedia untuk meminta maaf kerana tidak mahu kontroversi yang timbul diperbesarkan lagi sehingga terpaksa diselesaikan di mahkamah.

“Lagipun banyak lagi kerja lain yang perlu dilakukan berbanding terpaksa naik turun mahkamah kerana ia akan mengganggu jadual kerja kami.

“Itu sahaja kenyataan yang dapat saya jelaskan buat masa ini. Segala penjelasan yang lebih lanjut akan terjawab dalam satu sidang akhbar anjuran Seniman yang akan diadakan esok (hari ini),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Update
Akhirnya sidang media yang diadakan oleh pihak Seniman untuk mempertemukan dan menyelesaikan kemelut yang berlaku antara dua bintang baru, Anzalna dan Neelofa menemui jalan penyelesaian.

Dalam sidang media tersebut, Anzalna atau nama sebenarnya Nuranzalna Md. Nasir yang akur dengan syarat-syarat Aku Janji yang ditetapkan oleh Neelofa telah memohon maaf secara terbuka di atas kenyataannya di sebuah akhbar yang disifatkan Neelofa sebagai memfitnah.

"Saya, Nuranzalna Nasir di atas nasihat persatuan Seniman Malaysia, dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Berita Harian, ruangan Bi-Pop di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya.

"Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyatan di akhbar tersebut.

"Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa mengeluarkan kenyataan itu dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu," katanya.

Sidang media yang dikelolakan oleh pihak Seniman tersebut telah berlangsung di Hotel Royale Bintang, Damansara, sebentar tadi.

Sementara itu, Neelofa atau Neelofa Mohd Nor yang membalas permohonan maaf tersebut berkata bersyukur akhirnya isu kemelut antara mereka sudah berakhir.

"Saya bersyukur kerana semuanya sudah berakhir dengan baik.

"Sebelum ini pun saya mengambil tindakkan perundangan kerana saya tahu, saya berada di pihak yang benar,"jelasnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut presiden Seniman, Zed Zaidi dan Biro Aduan dan Perundangan, Zahrin Ishak.

Terdahulu, Anzalna telah mengeluarkan kenyataan menerusi akhbar Bi-Pop bertajuk Anzalna Bidas Lofa pada 10 Jun 2012 yang disifatkan Neelofa sebagai memfitnahnya.

Dalam kenyataan tersebut, Anzalna mendakwa Neelofa seorang yang berhati busuk dan sering mencantas dirinya sewaktu mereka menyertai pertandingan Dewi Remaja pada 2010.

Kemudian Neelofa telah melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut dan mereka telah pun menghantar tuntutan notis (notice on demand) kepada Anzalna untuk menjawab dalam masa tujuh hari bermula 13 Jun lalu.

Walau bagaimanapun, selepas tujuh hari berlalu, Anzalna tidak membalas apa-apa daripada tuntutan tersebut kerana menerima nasihat oleh presiden Seniman, Zed Zaidi untuk menyerahkan hal tersebut kepada pihak Seniman untuk menyelesaiknnya.

8 ulasan:

Irfa berkata...

tak buat salah kenapa nak mintak maaf?pelik..tapi kalau itu yg terbaik teruskan je lah..tak baik begaduh sesama Islam

Marina berkata...

macam2 la mereka ini...

Bionic women berkata...

aritu bukan main ag dia kata, kalau neelofa nak pasang lawyer dia pun nak pasang lawyer, bukan main ag cakap dia x takut sebab dia cakap ada bukti..tapi waktu jawab kat melodi tu nampak giler muka gabra...
last2 nak maaf terbuka lak..
takut kena saman ker??? hehehe

Mas Michiko berkata...

Klu bkn kerana Seniman yg desak dorg msh lg brmusuh...eloklah Seniman buat camni kasi ajar sket bdk2 mentah 2 org ni..brlakon x seberapa gaduh jer lbh... x suka tgk org gaduh2 ni...klu brdamai kan bagus? Nnti rezeki pon murah...

Mas Michiko berkata...

Klu bkn kerana Seniman yg desak dorg msh lg brmusuh...eloklah Seniman buat camni kasi ajar sket bdk2 mentah 2 org ni..brlakon x seberapa gaduh jer lbh... x suka tgk org gaduh2 ni...klu brdamai kan bagus? Nnti rezeki pon murah...

Mas Michiko berkata...

Klu bkn kerana Seniman yg desak dorg msh lg brmusuh...eloklah Seniman buat camni kasi ajar sket bdk2 mentah 2 org ni..brlakon x seberapa gaduh jer lbh... x suka tgk org gaduh2 ni...klu brdamai kan bagus? Nnti rezeki pon murah...

Mas Michiko berkata...

Klu bkn kerana Seniman yg desak dorg msh lg brmusuh...eloklah Seniman buat camni kasi ajar sket bdk2 mentah 2 org ni..brlakon x seberapa gaduh jer lbh... x suka tgk org gaduh2 ni...klu brdamai kan bagus? Nnti rezeki pon murah...

kyra kiahh berkata...

perlu ke mnx maap dgn cara mnunjuk2 ??