Khamis, 26 Julai 2012

Ulasan Menteri Kenapa Tema Dan Logo Hari Kebangsaan Ke 55 Di Pilih

Sekarang ini ramai yang mempertikaikan tentang Tema Hari Kebangsaan yang dikatakan tidak sesuai dan Logonya pula dianggap tidak berkualiti. Kita baca pula apa kata Menteri yang bertanggungjawab mengenai isu ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati yang dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan bulan depan perlu dilihat dalam konteks makna janji itu sendiri.
Tema & Logo Hari Kebangsaan yang Ke 55 Tahun 2012

Pemilihan tema Hari Kebangsaan merupakan hak kerajaan memerintah berdasarkan keperluan semasa tanpa sikap prejudis kepada mana-mana pihak.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, menepati janji adalah satu nilai universal yang tidak terbatas kepada agama atau kepercayaan tertentu.

"Menepati janji adalah satu nilai universal yang amat murni dan apabila kita sebut janji ditepati, ia memberi satu motivasi kepada rakyat untuk menepati apa saja janji yang diikrarkan.

"Sebagai satu nilai universal, apa yang diputuskan itu mencakupi semua aspek kehidupan, kecuali ia disempitkan dengan mencari makna daripada sudut politik," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di atas Kapal Maritim (KM) Marlin di sini, hari ini.

Beberapa pemimpin pembangkang dilapor mempertikai pemilihan slogan itu yang didakwa tidak bersifat kebangsaan dan berbaur politik.

Ahmad berkata, pembangkang harus membesarkan skop pemikiran mereka daripada hanya melihat isu daripada segi politik, kerana ungkapan janji ditepati membawa maksud lebih besar.

"Kalau disebut 55 tahun Barisan Nasional tepati janji, barulah boleh dituduh berbaur politik secara terus," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, keupayaan sistem penguatkuasaan maritim dan hubungan kerjasama baik dengan negara serantau menunjukkan hasil positif dalam mewujudkan rantau yang aman dan selamat.

"Keadaan perairan negara yang selamat boleh menjurus kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi maritim yang turut menyumbang kepada pendapatan negara," katanya.

Beliau berkata, statistik menunjukkan 69 bot nelayan asing dikesan memasuki perairan negara tahun lepas berbanding 103 tahun sebelumnya.

Selain itu, APMM berjaya menyelamatkan 238 nyawa dalam enam bulan pertama tahun ini, 30 daripadanya melibatkan nelayan tempatan.

3 ulasan:

Halif Mohamad berkata...

Lor, itu jer. abis yang logo 1 tu mcm mana pulak?

lynn kamarul berkata...

LOGO NI DIKRITIK UMUM KAN.

:: sedih lak isu kemerdekaan da jd agenda politik::

Encek Rizaira berkata...

tak tau la nape orang tak puas hati sgt dgn logo ni...apa yg aku tau...diorang kutuk sebab logo ni simple...budak2 skolah pn ley buat...kang kalu dah dibuat yg complicated...mula la nak kata kerajaan abeskan duit rakyat la apa la...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/