Khamis, 5 Julai 2012

Video Penuh Cerekarama TV3 Maharku Untukmu

Tahniah kepada TV3 yang kekal menjadi saluran pilihan utama rakyat Malaysia apabila berjaya meraih jumlah tontonan tertinggi menerusi slot Cerekarama pada malam Sabtu lepas menampilkan telemovie arahan sutradara terkenal Raja Ahmad Alaudin yang bertajuk 'Maharku Untukmu'.
Berbekalkan jalan cerita yang menarik serta lakonan hebat dan penuh emosi daripada Adi Putra, Nabila Huda dan Norish Karman, telemovie terbitan Primeworks Studios ini berjaya mencatat jumlah penonton tertinggi sebanyak 2.4 juta (11.7 TVR) atau 43.1% berdasarkan sumber daripada Nielsen Audience Measurement.
Sinopsis Maharku untukmu
Maharku Untukmu menceritakan pengorbanan seorang lelaki yang menjadi pak sanggup kepada wanita yang dicintainya.

Ceritanya, Tengku Aishah (Nabila Huda) mempunyai segala-galanya dan membesar dikelilingi oleh golongan elit yang mementingkan status dan kasta. Ayah dan bondanya amat mementingkan status dan darjat. Aishah membesar sebagai gadis yang manja dan angkuh.

Kurangnya pendidikan agama dan jalan hidup yang kebaratan mengheret Aishah jauh ke lembah maksiat.

Sementara itu Putera (Adi Putra) adalah pemuda yang lurus dan bukanlah anak jutawan. Tengku Hamid mengambil Putera menjadi pemandunya.

Putera terkedu apabila kali pertama bertemu Aishah yang sombong, malah sebelah mata pun dia tidak memandang ke arahnya. Aishah bertunang dengan Tengku Ariff seperti yang dimahukan Marina.

Malang tidak berbau apabila Ariff terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia. Kesedihan Aisyah bertambah parah apabila dia mendapati Ariff meninggalkan benih di dalam rahimnya.

Hamid meminta Putera menikahi anaknya. Putera tekad akan membahagiakan Aishah. Tetapi dia tetap melakukan apa yang sepatutnya untuk memperisterikan Aishah. Dia masih ada maruah diri. Untuk itu dia menyediakan sendiri mahar untuk Aishah.

Tersenyum sinis Marina melihat cincin belah rotan dan al-Quran sebagai hantaran. Bermulalah kehidupan baru Putera sebagai menantu Hamid dan Marina. Aishah pula sangat bencikan Putera. Hatinya tidak boleh menerima kenyataan yang dia bersuamikan pemandunya sendiri. Akan tetapi Putera tak kisah, walaupun dimaki dan dihina, Aishah tetap isterinya. Aishah dicintai dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.


4 ulasan:

Syazlina Khairuddin berkata...

memang best cerita nie..smpai sekarang maseh dgr ost cerita tu "mahar untukmu"..tp ending cerita nie sedih..huhu

maszull berkata...

assalamualaikum CT...alamak dah lepas ke cite ni memang x tengok la...:)

ct N honey berkata...

@maszull
rugi tak tgk,ceritanya mmg best

ct N honey berkata...

@Syazlina Khairuddin geram tgk norish karman tu...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/