Jumaat, 24 Ogos 2012

Gambar Anak Perempuan Farah AF

Bekas peserta finalis Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Farah Diana Anuar selamat melahirkan seorang anak perempuan, 15 Ogos 2012 yang lalu.

Menurut kenyataannya diperoleh menerusi laman Twitter, Farah berkata, “Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia, puteriku. Farah OK dan baby juga sihat.”

Farah AF2, 27, yang terkenal dengan ‘trademark’ Breep Breep mendirikan rumah tangga dengan usahawan Johan Johari, 27, di Putrajaya pada 15 Julai tahun lalu.

Selain bidang nyanyian, Farah juga terlibat dalam bidang pengacaraan dengan menjadi pengacara bersama rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Anak sulung Farah AF -Breep Breep

Tiada ulasan: