Khamis, 30 Ogos 2012

Gambar Majlis Khatam Al-Quran Izreen Azminda (Pelakon Juvana)

Satu perubahan besar bakal berlaku dalam hidup pelakon sensasi, Izreen Azminda Aznam pada malam ini. Kerana kurang 8 jam lagi, wanita berusia 27 tahun ini akan melangkah ke gerbang perkahwinan setelah setahun menyulam cinta.

Memilih Muhd. Riza Baharudin, 29, sebagai teman hidupnya, Izreen yang popular dengan drama Juvana dan Tentang Dhia ini nyata tidak dapat menyembunyikan debarannya tatkala jari menghitung hari bahagia yang semakin menghampiri.
Majlis khatam al-quran Izreen Azminda

Sebelum aktres popular, Izreen Azminda bakal diijabkabulkan malam nanti satu majlis khatam al-Quran telah diadakan yang bermula jam 10 pagi tadi, yang telah dilakukan di kediamannya di Jitra, Kedah.

Antara yang hadir ialah ahli keluarga saya dan keluarga pihak lelaki. Doakan semuanya berjalan lancar," ujar Izreen yang bakal melakukan majlis persandingan pada 31 Ogos ini.
Izreen Azminda nikah pada 30 Ogos 2012
Izreen juga memasang azam untuk meneruskan kehidupannya selepas bergelar isteri kelak dengan lebih baik.

Namun, itu tidak bermakna Izreen mahu melepaskan karier lakonannya begitu sahaja. Baginya, untuk berbuat demikian adalah sesuatu yang mustahil apalagi dia menganggap bidang lakonan umpama nyawanya.

“Saya akan terus berlakon macam dulu walaupun sudah berkahwin. Riza mengizinkan sejak awal dan sudah memahami kehendak saya.

“Cuma, saya harap, dengan perkahwinan ini, tidak akan ada lagi kontroversi membabitkan diri saya.

“Alhamdulillah, saya rasa selamat dengannya. Bila disatukan nanti, insya-Allah, saya akan jadi isteri yang baik dan taat padanya. Bagi saya, Riza adalah lelaki terbaik dan doakanlah agar kami bahagia hingga ke akhirnya," katanya. Gambar dari  mediahiburan.karangkraf.com &  facebook/colourful-photo



2 ulasan:

aniqbukhary berkata...

Lama x nampak Izreen Azminda berlakon selepas drama juvana ari tu

Mummy Akmar berkata...

Tahniah kepada Izreen..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/