Rabu, 15 Ogos 2012

Hantar Mesej peribadi Raya & Kongsi CERITA BAIK sempena Hari Raya ini.

Syawal bakal tiba tidak lama lagi. Rasanya ramai yang sudah sibuk membuat persiapan untuk menyambutnya. Bercakap tentang hari raya, `part’ yang paling ditunggu-tunggu oleh semua tentunya masa malam raya ataupun pagi raya. Waktu itulah baru terasa suasana Hari Raya yang sebenar-benarnya.

Suasana kunjung-mengunjung antara anggota keluarga dan sanak-saudara adalah perkara penting dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam masyarakat kita

Kunjungan ke mana-mana rumah atau tempat sambutan Hari Raya diadakan selalunya tidak lengkap tanpa berlakunya huluran salam. Ia diiringi ucapan saling memohon maaf di antara dua insan yang bertemu. Salam dihulur akan disambut. Permohonan maaf ditutur juga akan disahut. Apalah erti Hari Raya kalau tidak bermaafan.

Ungkapan yang popular ialah,“maafkan segala salah dan silap, halalkan segala makan dan minum” atau “kosong-kosong lah kita dua ya!”,memang biasa kita dengar. Tak sabar pula nak rasa suasana kegembiraan menyambut hari raya nanti.
Bermaaf-maafan dihari raya
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, mesej permohonan maaf boleh disampaikan dengan pelbagai cara yang cepat dan mudah. Kita boleh menggunakan telefon, sms, facebook, skype, messenger dan pelbagai lagi.

“Pada sesiapa yang tidak dapat bertemu di Hari Raya dan tidak berpeluang mengucapkan Selamat Hari Raya secara berdepan kini telah ada satu kemudahan dengan cara yang unik bagi mengeratkan lagi silaturahim dengan menghatar mesej beribadi bertemakan karakter dalam website  UMobileRayaHari Raya mereka.



Dengan hanya mempunyai akaun Facebook, kita boleh menghantar menggunakan Teks, Suara dan juga Video kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan Facebook.

Menghantar teks sesuai untuk mereka yang begitu malu untuk meluahkan perasaan secara bertentang mata, kini anda boleh menulis sebanyak 140 aksara atau kurang, tulislah apakah yang anda ingin sampaikan. Dengan menggunakan masa 30 saat pula, anda boleh menghantar suara anda. Tentu penerimanya terharu dan gembira dapat mendengar suara anda di pagi hari raya nanti. Bagi mereka yang sudah lama tidak berhubung dan berjumpa video amat sesuai untuk anda. Walaupun dengan hanya 20 saat, sudah cukup bermakna buat yang tersayang menatap wajah dan suara anda nanti.

Jadi apa tunggu lagi silalah ke  UMobileRaya. Kita boleh duduk lama mengadap Facebook, jadi bukan alasan tidak ada masa untuk menghantar ucapan terutama kepada ibu bapa, adik-beradik dan saudara juga rakan taulan di seluruh negara.

“Rindu pada arwah mak terkumpul semenjak mak menghembuskan nafas tahun yang lalu masih sama. Tak mungkin ada pengubatnya. Hanya ingatan pada Allah yang menjadi penawar hati yang lara. Kebih-lebih lagi bila kedatangan Syawal ini.

Pandangan mataku kabur oleh air mata yang hampir melimpah. Selamat hari raya mak!”.

Sebelum keadaan ini berlaku pada anda, janganlah biarkan perasaan itu terpendam sahaja dihati. Luahkan dan sampaikanlah kepada yang tersayang. Gunakan UMobileRaya  agar Hari Raya tahun ini sungguh bermakna buat anda.

Selain dari menghantar ucapan peribadi, anda juga boleh mengikuti video pendek sebanyak 5 episod sempena Hari Raya, yang di mana dalam episode 1 Aliff membuat panggilan telefon dengan Pak Long yang tidak dihubungi lama selepas satu pentengkaran untuk meminta maaf. Sempena hari raya yang bakal tiba, mereka ingin bertemu semula kerana ada CERITA BAIK yang ingin dikongsi. Apakah CERITA BAIK tersebut? Jangan lupa menonton di   UMobileRaya untuk mengetahui cerita selanjutnya.

Jumpa tak selalu MESRA,
Rindu tak dibenarkan tapi KENANG,
Senyuman tak manis tapi IKHLAS,
Mesej tak kerap tapi INGAT,
Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

* Ini adalah sponsored post

4 ulasan:

kak mah berkata...

Panjangnya kali ini tuan blog tulis,apa pun selamat hari raya.

maszull berkata...

assalamualaikum CT...selamat hari raya CT...:)

ct N honey berkata...

@kak mah terima kasihlah sbb prihatin,sampai perasan pula entry ni panjang. ilham byk pula dtg tulis pasal raya ni...selamat hari raya

ct N honey berkata...

@maszull terima kasih maszull, selamat hari raya...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/