Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Jue mengakui dirinya terlalu kecewa dengan kontroversi yang melanda dan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak tersebut. Ketika sambutan 1 Syawal umat Islam merayakan Aidilfitri dan dihidangkan dengan pelbagai juadah, saya pula telah dihidangkan dengan sebuah kisah kontroversi yang boleh mengaibkan dirinya.
Pelakon yang popular dengan drama Manjalara tersebut juga kesal kerana menjadi mangsa keadaan.
Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali.
Sebenarnya saya tahu identiti individu yang bertanggungjawab mereka cerita ini memandangkan nama Ayu Raudhah turut dikaitkan sama. Lagipun saya yakin, pembaca yang membaca cerita berkenaan juga sudah dapat agak siapa individu tersebut. Kalau betul dia ada bukti seperti yang diperkatakan, sila bersemuka dengan saya.
Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah. Saya ada hak untuk membersihkan nama kerana kontroversi ini pastinya boleh menjejaskan periuk nasi saya sebagai seorang pelakon.
Tambahnya: “Saya anggap diri sebagai mangsa keadaan dan tidak mustahil saya telah menjadi kambing hitam untuk pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan Aidil.”
1 ulasan:
Harap,perkara ini tidak berlanjutan.
Catat Ulasan