Sabtu, 11 Ogos 2012

Sinopsis Drama Runtun Qalbu-Lakonan Fasha Sandha Yang Kini Mengandung

Rasanya masih teringat lagi lakonan Fasha sandha dan Fahrin Ahmad dalam drama Seindah Sakura. Bagi peminat Fasha, akan datang satu lagi drama lakonannya akan bersiaran. Kali ini Fasha berlakon dalam drama yang bertajuk Runtun Qalbu. Drama ini berkemungkinan bersiaran di Slot Akasia bakal mengantikan drama Yang Terindah lakonan Hafil Andrio Putra, Neelofa dan Nazim Othman yang masih bersiaran ketika ini. Drama Runtun Qalbu ini arahan Ahmad Khalid Ahmad Nadzri, iaitu adik kepada Ahmad Idham. Semestinya terbitan Excellent Pictures. Manakala drama ini adalah hasil tulisan penulis skripnya, Siti Jasmina dan bersiaran sebanyak 13 episod. Drama Runtun Qalbu akan mengisi slot Zehra di TV3. 
Gambar terkini Fasha Sandha mengandung

Sinopsis drama Runtun Qalbu

Mengisahkan tentang Qalbu (kamal) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida).

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Pelakon utamanya terdiri dari Kamal Adli sebagai Qalbu, Fasha Sandha sebagai Idayu, Shah Iskandar sebagai Kelabu, Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah, Shukri Yahya sebagai Bon, Reen Rahim sebagai Amy, Kaza sebagai Zaidi, Razak Ahmad sebagai Imam Musa, Rosnah Johari sebagai Rahimah, dan Juhara Ayob sebagai Hajah Zubaidah

Runtun Qalbu akan mula menemui penonton pada 21 September depan dalam slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam di TV3.


Tiada ulasan: