Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Selasa, 28 Ogos 2012

Tonton Drama Adam Dan Hawa Secara Online

Anda peminat setia Aaron Aziz & Nadiya Nisaa? Tidak dapat menonton drama bersiri Adam & Hawa yang telah pun bersiaran pada 27 Ogos 2012? Maklumlah drama ini bersiaran di Mustika HD. Ramai juga yang tak langgan Pakej Mustika. Kini, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan Episod 1 hingga 4 drama bersiri Adam & Hawa secara ONLINE! 

Layari www.astrogempak.com.my pada 27 – 30 Ogos, pada jam 10 malam. Saksikannya juga episod yang seterusnya pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, eksklusif di Mustika HD (134).

Drama bersiri Adam & Hawa ini adalah terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama bersiri 80 episod yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea terbitan Alaf 21 yang amat popular ini telah menemui para penonton pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam bermula 27 ogos 2012 secara eksklusif hanya di saluran 134.

Drama Adam & Hawa mengisahkan tentang Ain Hawani sebagai seorang remaja lepasan SPM dan bekerja di sebuah tadika yang dimiliki oleh kakak kepada Adam Muhkriz kerana mengantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara sahaja , kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Sewaktu Ain bekerja di tadika tersebut, dia telah bertemu dengan Adam dan mula timbul rasa suka. Adam pula merupakan seorang jejaka kacak yang berpewatakan ‘playboy’ dan bekerja sebagai juruterbang. Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya yang mana dia telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama keluarga walaupun tidak rela. Saksikan kesudahan cerita Adam & Hawa ini di Astro Mustika.

4 lebah buat bising:

ummi ismahani berkata...

macam mana nak tengok Adam&Hawa secara online ? tak tahu link laa . Boleh tolong tak ?

ummi ismahani berkata...

macam mana nak tengok Adam&Hawa secara online ? Tak tahu link laa . Boleh tolong tak ?

ct N honey berkata...

@ummi ismahani saya dah tukar linknya,harap boleh tonton

Mohamad Saufee Azman berkata...

Kalau nak tengok online boleh pergi ke www.acg-tube.com