KELAS MENJAHIT

Rabu, 26 September 2012

Isu Rakyat Malaysia Menghina Rasulullah Di Facebook-Gopinath Jayaratnam Beri Penjelasan

Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam. 

Tiba-tiba nama dan gambar Gopinath Jayaratnam jadi popular di FB malam tadi. Ini disebabkan kerana tulisannya telah menghina Rasulullah SAW di akaun FB miliknya. Dengarnya rumahnya pun telah diserang. 
Akaun Facebook Gopinath lelaki india yang menghina Nabi Muhammad
Pengguna Facebook itu telah membangkitkan kemarahan apabila statusnya menghina Nabi mula disebarkan oleh blog-blog.

Antara statusnya ditulis, "Nabi Muhammad SAW mengadakan hubungan seks dengan ALLAH...".

Ekoran dari itu, nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, alamat tempat kerja dan nombor plat kereta juga telah disebarkan.

Namun  Gopinath Jayaratnam  dengan akaun nama yang sama juga telah memohon maaf selepas menyedari akaunnya menjadi perhatian sejak beberapa jam lalu.

Dia memohon maaf dengan mendakwa akaunnya itu digunakan orang lain kerana telah digodam.

"Saya sudah lama tidak aktif Facebook kerana sibuk belajar, saya tidak pernah berminat memaki mana-mana agama.

"Logiknya tidak mungkin saya sendiri duduk di Malaysia dan berani buat perkara terkutuk sebegini dengan akaun dan gambar saya sendiri," katanya.

4 ulasan:

Diemsisi berkata...

Kalau bukan dia baguslah dan orang yang hacked tu memang hati busuk tetapi tu la kenapa nak save password kat tempat2 umum cam tu ...

kak mah berkata...

Allah Maha Mengetahui.

Irfa berkata...

mmg bahaya kalau akaun kena hack

Md. Azm MA berkata...

Kita sebagai rakyat Malaysia, memang tidak gemar akan konfrantasi dan pertelingkahan. namun, jika ada pihak yang secara rela/paksa rela menjolok sensitiviti kami, pasti akan ada yang menentang sehingga ke titisan terakhir...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/