Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Selasa, 2 Oktober 2012

Drama Bersiri Jauh Adaptasi dari Novel Aisya Sofea

 Setelah selesai penggambaran drama bersiri Adam dan Hawa sebanyak 80 episod sekali lagi Global Station Sdn Bhd bakal menghasilkan satu lagi drama yang diadaptasikan juga dari novel akan menemui penonton.

Untuk pengetahuan semua drama berjodol Jauh ini juga diadaptasi daripada novel tulisan Aisya Sofea yang berjudul Jauh.

Jika drama Adam dan Hawa penggambarannya dilakukan di luar negara iaitu di Makkah dan Perth, untuk drama Jauh pula telah diadakan di Maghribi.

Kali ini aktor popular Adi Putra, Fouziah Ghous dan Anzalna Nasir pula bergabung buat pertama kali menerusi drama Jauh ini. 

Sinopsis drama bersiri Jauh adaptasi dari novel Jauh  

Secara ringkas cerita ni pasai Ika yang telah bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. Ika ke UK untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta bersemi di luar negara. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Diorang kawin. fikri tak mau memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan.

Ika bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.

"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."

Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.

"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada."

Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan.

Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit, terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa...! info dari novelcinta.multiply.com
Anzalna & Fouziah Ghous dalam drama Jauh adaptasi dari novel Jauh
Penggambaran drama bersiri Jauh di lakukan di Maghribi

preview online novel jauh
boleh baca disini


7 lebah buat bising:

kak mah berkata...

Baca pun dah suspen...ini kan pula bila nak tgk ceritanya kelak.

Suzie berkata...

Maghribi ? Tp ikut novel kat uk

byzura zura berkata...

knpe di magribi?? tak ke uk??

knpe lain...??

me_ fara berkata...

bila agaknya drama ni ditayangkan?

Iman Humayraa berkata...

dh bce pn novel ni..xsbar nk tngok cite nye...

lagubestbest.com berkata...

Lawa je pemandangan.. HD lagi. Best sgt pandai pilih lokasi.

Norazniwati Hassan berkata...

Novel ni novel pertama yg saya baca, best sgt, masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan.