KELAS MENJAHIT

Ahad, 21 Oktober 2012

Gambar Majlis Perkahwinan Qazem Nor Dan Embun (Nur Azuriana Amiruddin)

Pelakon drama Skuad D6 Putrajaya, Qazem Nor dan Embun atau nama sebenar Nur Azuriana Amiruddin dan mereka telah pun selamat bergelar suami isteri pada 20 Oktober 2012.

Dengan hanya sekali lafaz, Qazem Nor selamat bergelar suami kepada Embun dengan mas kahwin bernilai RM300 & hantaran perkahwinan berjumlah RM12,000.

Pasangan ini telah selamat di’ijabkabulkan oleh Imam 2 Masjid As-Sobirin Lembah Keramat, Ustaz Mohd Sayuti Ismai.
Qazem Nor dan Embun (Nur Azuriana) di majlis akad nikah

Bercakap kepada media selepas majlis selesai, Qazem nor mengakui yang beliau merasa gemuruh juga takut walaupun ini bukan perkahwinan pertama buat beliau, atau pun Embun.

Nama Qazem Nor tiba tiba menjadi perhatian selepas kisah majlis resepsi perkahwinan beliau terpaksa di’batalkan selepas penaja menarik diri saat saat akhir.

Qazem dan pasangan, sepatutnya dirai dalam satu majlis resepsi gilang gemilang di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Seri Kembangan, Selangor pada 20 Oktober ini. Ia sempena ekspo dan pameran perkahwinan anjuran Mawex Sdn. Bhd., yang berlangsung pada 19 hingga 21 Oktober ini di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Namun impian bersanding di pelamin berkonsepkan syurga cinta itu tidak kesampaian. Pada 12 Oktober lalu, pasangan ini mendapat panggilan telefon mengatakan pihak penaja tidak mampu meneruskan perancangan kerana masalah kewangan.

Jelas Qazem, dia tidaklah berasa terlalu sedih sekalipun pembatalan itu menyebabkan keluarganya terpaksa mencari lokasi lain untuk majlis resepsi.

Selamat pengantin baru Qazem Nor dan Embun (Nur Azuriana) 
Jelas Qazem, dia telah berkenalan dengan Embun sejak 2009 melalui seorang rakan. Pada mulanya hubungan mereka sekadar rakan dan selepas setahun barulah mereka menjadi pasangan kekasih.

"Saya senang berkawan dengan Embun sebab dia seorang wanita yang matang, rasional dan tidak mudah marah. Kelakarnya, mula-mula kenal dia tidak tahu pun saya ini pelakon.

"Sikapnya yang tidak mudah putus asa itu ada persamaan dengan saya sewaktu mula-mula menceburi bidang ini sebab saya bermula dari bawah.

"Lagi satu sikapnya yang cepat mesra dengan kanak-kanak, memikat hati saya dan kami mempunyai pengalaman hidup yang hampir sama," akui Qazem tentang calon isterinya.


Qazem dan Embun yang bercadang untuk berbulan madu di Bali, Indonesia dan resepsi perkahwinan tetap akan berlangsung pada 3 November ini namun masih belum ada lokasi.


1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Alhamdulillah semoga kekal selamanya.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/